Muhammad S. A. W
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.
Anak, manusia memang lemah, jika dibandingkan dengan Tuhan. Namun, dikalangan makhluk, ada yang paling kuat, iaitulah manusia. Dan di kalangan manusia, juga ada yang paling kuat dan yang paling lemah.
Sudah maklum yang paling kuat dikalangan manusia itu ialah pemimpin mereka, untuk umat akhir zaman, tentulah nabi Muhammad S.A.W...
Nabi Muhammad SAW itu ma'sum. terpelihara. Nabi Muhammad contoh terbaik manusia paling kuat, kekuatannya kerana dedikasi seluruh hidupnya pada "kesejahteraan". Ummi maksudkan kesejahteraan itu ialah - ISLAM.
Ada manusia cuba meniru perbuatan nabi dengan bersungguh-sungguh, ada yang tahu tetapi merasa amat payah untuk meniru cara nabi, dan ada juga yang tidak kisah kepada nabi, tidak kurang juga ada manusia yang sanggup menentang nabi. Yang sanggup menentang nabi itu, Allah telah butakan mata hati mereka. Mereka amat lemah.
Yang tidak kisah kepada nabi, mereka telah lalai, perlu kekuatan berganda untuk pulih menjadi manusia yang kuat.
Yang merasa amat payah untuk meniru cara nabi, mereka itu sedang mujahadah, mudah-mudahan mereka dimudahkan temui kekuatan mereka.
Dan yang cuba meniru nabi dengan bersungguh-sungguh itu, mereka mujahid. Allah telah memilih mereka untuk memiliki kekuatan luar biasa.

Comments
Post a Comment