Ruqyah Minda Bawah Sedar

Assalamualaikum w.b t anak anak ummi, mujahidin mujahidah yang Ummi kasihi.

Dengar sini anak-anak Ummi, Ummi bukanlah berangan hari ini. Ummi benar-benar berharap dan berdoa agar dapat melihat kalian  menjadi mujahid dalam erti kata sebenar bila dewasa nanti, dengan izin Allah, jika dipanjangkan umur. Ummi sedar, bukanlah dengan menulis blog ini, mengharapkan kalian membaca tulisan ummi ibarat mendapat kalian surat hari jadi seperti dalam drama-drama di tv, membaca wasiat-wasiat atau pesanan ibunya seperti itu dapat menjadikan kalian seperti mana yang Ummi harapkan. Simplistik bukan.

Menulis adalah satu hobi dan kelebihan yang Ummi boleh manfaatkan untuk menyuburkan inspirasi dan semangat Ummi sendiri. Dengan menulis, Ummi berpesan kepada diri sendiri, dalam menulis, Ummi merancang, dalam menulis, Ummi berdoa, dalam menulis, Ummi belajar menyuburkan niat yang baik-baik, dan dengan menulis, jika sampai mesej ini kepada kalian (setelah Ummi bukukan penulisan ini inShaAllah), kalian akan faham bahawa kebanyakan masa Ummi bermujahadah untuk menghidupkan menanamkan nilai-nilai Sunnah Rasulullah S.A.W dan daya juang kedalam diri kalian sejak kecil.

Mujahidin bukanlah bermaksud semata-mata mengangkat senjata di medan perang anakku, atau mesti bersikap dan bertindak ekstrim terhadap apa-apa pandangan/ideologi dan politik. Oh itu jauh benar dari maksud sebenar. Jika kalian faham begitu, maka faham kalian faham fitnah. Ekstrimisme pula tidaklah sama dengan dengan 'passion yang muncul dari ilmu dan faham yang kukuh tentang Islam. Kalian burulah  Ilmu sedalam mungkin di usia muda , amalkan apa yang Rasulullah S.A.W tinggalkan, dan jangan sesekali lupa belajar untuk bertindak mengikut Awlawiyyat.

Susah-sudahlah apa yang ummi bebelkan. Kalian buatlah kajian sendiri. Point baru.

Tahun ini. bulan ini, masa ini, jam ini, minit ini dan saat ini, Ameer Al Amin berusia 4 tahun 11 bulan dan Muhammad Al Hafizh berusia 1 tahun 6 bulan. Adik kalian dalam kandungan ummi baru berusia 6 bulan, dalam keadaan sihat semuanya, dengan izin dan penjagaan Allah Al Hafizh Al Muhaimin. Kalian bersua sedang lena diulit mimpi, Barangkali mimpi kalian adalah mimpi yang diinsprasikan dari kisah-kisah sahabat yang ummi bacakan kepada kalian, Allahumma Amin,

Ummi terjaga dari tidur lebih kurang sejam yang lalu, selepas melalukan ruqyah minda kepada kalian, Ummi terdetik hati untuk menulis dan  berkongsi tentang cara Ummi melakukan ruqyah minda kepada kalian sejak kecil. Ya, itu sebenarnya. Ummi nak berkongsi tentang cara melakukan ruqyah minda bawah sedar! MashaAllah punyalah panjang mukaddimah. Entah apa yang ummi fikirkan tadi. Jari ini ligat sahaja menaip apa yang terlintas di fikiran sampai lupa kepada point sebenar.

Tak apalah..baca sahajalah..Bukan senang nak selitkan nasihat dan faham. Bukan selalu Ummi sempat update penulisan ni kan.. Biar panjang berjela, asalkan sampai mesej semuanya.

Berbalik kepada ruqyah minda bawah sedar untuk anak-anak kecil. (Untuk dewasa pun boleh)
 Cara-cara Ummi  ialah:

Cara Ringkas:

Letakkan tapak tangan kepada ubun-ubun anak dan bacakan ayat-ayat berikut dengan lafaz sederhana kuat. Perlahan-lahan tak apa asalkan sebutannya jelas.

1) Membaca Surah al Fatihah 1kali
2) Membaca Ayat Kursiy 1 Kali
3) Membaca Surah Thoha Ayat 1-5
4) Pesan kepada minda bawah sedar (yang aktif ketika tidur) dengan nilai baik.

Ayat pesanan berbentuk  statement', bukan arahan, bukan doa.

Contohnya..

(Ameer sayang Allah. Ameer sayang Nabi Muhammad. Ameer anak soleh, selalu dengar nasihat baik Ummi dan abah, Ameer suka solat, Ameer suka baca Al Qur'an)

Cara Sederhana Rigkas;
1) Membaca Surah al Fatihah 1kali
2) Membaca Ayat Kursiy 1 Kali
3) Membaca Surah Thoha Ayat 1-5
4) Membaca Surah Luqman bermula dengan 12 hingg 19.

Surah luqman ayat demikian sudah mengandungi pesanan yang sempurna berlafazkan kalamullah. Kalamullah/ kata-kata Allah ini punyai mukjizat. Ia adalah intipati surah yang dianjurkan Rasulullah S.A.W untuk  beramal dengannya supaya anak cerdik dan diberikan pelbagai kemahiran dalam hidup. Jika kalian faham tadabburnya, kecerdikan yang dimaksudkan ialah bermula dengan utuhnya faham aqidah/tauhid yang benar, dan ibadah yang sahih, terlebih dahulu dibandingkan dengan kefahaman tentang ilmu-ilmu yang lain.

Pesan tentang inilah yang Ummi cuba masukkan dalam minda separa sedar kalian sejak kecil. Kalian tidak faham apa-apa buat masa ini namun ia akan memandu tindakan, sikap dan akhlaq kalian seiring dewasa, mudah-mudahan menjadi sebati dan keutamaan kalian mengatasi perkara lain.

Jika dihafal ayat ini, ruqyah sederhana ringkas ini hanya memakan masa 5-7 minit sahaja. Lihat sahaja kebanyakan permulaan pesan  bermula dengan lafaz " Ya Bunayya" yang bermaksud "Wahai anak kesayanganku"..yang  pada Ummi ia satu seruan yang tepat kepada minda bawah sedar/ ruh dalam jasad yang sedang tidur.

Cara Panjang:

1) Membaca Surah al Fatihah  3 kali
2) Membaca Ayat Kursiy 3 Kali
3) Membaca Surah Thoha Ayat 1-5
4) Membaca Surah Luqman bermula dengan 12 hingg 19.
5) Pesanan yang baik-baik.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk amalan kalian..
Salam sayang . Ummi.

4.25 a.m
3 Disember 2017








Comments