Nota hati: Bila Diuji
Terimalah keadaan dengan redho dan sabar . Ikhlaslah menjalani perjalanan yang Allah sedang berikan ini.Kerana ini hanya check and balance hidup. Allah sedang atau akan memudahkan banyak perkara lain dalam kehidupanku.
Ingat setiap situasi dugaan ada sukatannya. Masa untuk dugaan itu telah disukat. . Tenaga yg diperlukan untuk hadapi dugaan itupun telah disukat. Kemampuan juga Allah sukat. Kebersamaan dlm menghadapinya pun telah disukat. Kasih sayang dan Pertolongan juga sudah Allah sedia.sebelum wujudnya dugaan.
Pasti dan sentiasa ada jalan.
Anggaplah dugaan salah satu bentuk komunikasi Allah dengan kita.
Lagipun, janji Allah, bersama susah ada kesenangan.
Redholah kerana Allah akan ganti dengan situasi yang lebih baik.
Mungkin dia hanya mahu latih kita untuk REDHO.
semakin hampir dengan hakikat redho.sehingga yakin bahawa tidak ada yg lebih besar dari masalah melainkan Allah.
Hanisah W.
Nota hati: Bila Diuji
19 Februari 2015


Comments
Post a Comment