Ramadhan 2019
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik , sudah masuk tahun 2019.. MashaAllah sungguh cepat masa berlalu. Tahun depan sudah wawasan 2020! 😂
Ada lagi ke pembaca setia setelah lama umi masuk ke gua. Sesungguhnya, dunia ni terlalu kuat cabarannya. Umi hampir terkena dari misi visi hidup kita, hampir terleka dengan tuntutan dunia yang pada zahirnya nampak perkaitannya dengan akhirat tapi pada batinnya tidak bersambungan dengan akhirat. Hati umi jadi sarat dan susah hati, makin hari makin merasakan banyak perkara yang mesti dibetulkan.
Orang menganggap kenapa mesti struggle sangat? Entah, kenapa umi rasa struggle sangat? Mungkin aim hidup umi hanyalah ingin melihat anak2 umi solid penghafaz dan penjaga Al Quran, dari tangan umi sendiri. Itu saja. Tak apa tak ada kerja yang baik, tak apa tak baju dan makan, tak apa tak ada kenderaan atau rumah yang baik, tak apa tak ada klik yang baik, asalkan apa yang umi nak, umi nak.
Lagi sekali umi bercuti dari tugas dunia. Dakwah di masyarakat biar orang lain yg lebih awla buat. Dakwah dan didik anak2 umi biar umi buat sendiri kerana itu lebih awla. Umi menaruh harapan paling tinggi dalam usaha tanggungjawab umi yang paling awla.
Dulu kini dan selamanya umi benci bersikap lemah dan tak boleh tengok orang bagi muka pada orang yang memilih bersikap lemah. Memang umi dibesarkan dengan latar belakang struggle emosi, hikmahnya ialah umi memang tak tenang kalau 1 hari tak diisi dengan agenda mujahadah. Begitu cara Allah mentarbiyyah umi sejak kecil.
Sebab itu harapan umi bukan harapan biasa-biasa. Bukan harapan orang kebanyakan. Sebab itu orang kebanyakan boleh fikir kenapa umi struggle sangat, kenapa umi berfikir susah sangat. Ingat, dunia hanya sekali, ladang ujian setiap detik. Akhirat itu kehidupan. Tak guna bersenang lenang ketika masih dalam ujian. Dalam ujian, mesti sentiasa struggle. Biasakan enjin mujahadah itu sentiasa hidup, sentiasa panas.
Berjumpa dengan orang-orang yang sejuk enjin mujahadahnya membuatkan umi turut sejuk dari dunia dakwah. Buat umi turut lesu dari berkata benar walau pahit. Buat umi turut lembik dipukul arus. Maka umi berhenti seketika dari berenang dalam arus deras semasa, dan mula mencari hati-hati yang kuat untuk bantu umi sama-sama bermujadah di masa akan datang. Ini satu keperluan.
Mencari semula hati-hati yang cukup kuat untuk memastikan umi tak hanyut lagi. Umi mesti cukup kuat untuk memastikan impian umi dapat dicapai. Ingatlah inpian umi bukan kepuasan kerja dan pencapaiannya, bukan pada pangkat, bukan pada hobi seni umi, bukan pada kawan-kawan umi, tapi pada kejayaan agama dalam diri anak-anak umi. Kejayaan yang betul2 cemerlang. Cemerlang dunia akhirat. Akhirat mesti lebih andai dunia tak mampu dipenuhi.
InshaAllah, kita akan terus berlari. Dunia bukan benda mudah, jika akhirat adalah matlamat.


Comments
Post a Comment