Galau Ilmu

Peperiksaan makin dekat. Kadang2, kita boleh tenggelam dengan mehnah peperiksaan. Maka ketika risau menyelubungimu,  ingat kembali niat asalmu menempuh perjalanan menuntut ilmu ini. Ingat semula apa tujuan kau laburkan hartamu di jalan ini.

Yang pertama,  kerana kau tak punya apa2 untuk diinfakkan kepada perjuangan agama,  maka kau gunakan sebahagian besar dari wangmu untuk menuntut ilmu sebagai asbab memperbaiki diri.

Yang kedua,  kerana kau kasihkan dunia dan tahu hatimu semakin lalai,  maka kau tekan nafsumu dan kuatkan jiwamu dengan jalan ilmu,  mudah2an ia jadi wasilah yg luhur untuk kau dekatkan diri dengan Allah dan Rasulnya.

Yang ketiga,  kerana kau mahu mengakui kehebatan orang-orang yang Allah pilih dengan taufiqnya dan dengan iradahnya,  dan kau merasa kerdil dengan dirimu sendiri,  mudah2an ia jadi peringatan ketika kau dihinggapi riak dan takbur.

Yang keempat,  kerana kau tahu usahamu di dunia tidak seberapa,  maka kau masuk ke jalan mujahadah mudah2an kau tak sempat leka.

Yang kelima,  kerana kau selalu kurang tawakkal,  maka kau akan belajar tawakkal sepanjang masa.

Yang keenam,  kerana kau mahu tahu. Mahu tahu. Dan mahu tahu. Sebanyak yang mungkin,  dan terserah kepada Allah untuk menginzinkanmu menguasai ilmu-Nya atau tidak.

Yang ketujuh,  kerana bukan kerana pangkat. Bukan kerana pangkat. Bukan kerana pangkat. Sekiranya kau tidak lulus ujian,  tidak bererti kau gagal dengan mehnah ujian. Darjat di sisi Allah ialah sebanyak mana kamu usaha, bukan banyaknya hasil yang diperoleh. Moga dengan niat yang lurus,  Allah kembali memandangmu.

Comments