Refleksi Pengajaran dan RPH untuk mujahid Ummi
Bismillahirrohmanirrohim.Assalamualaikum Wbt.
Meng'update' blog harian ibarat menulis refleksi pengajaran dan merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi ummi. Kalau di sekolah, setiap hari ummi perlu buat catatan refleksi dan RPH untuk keesokan harinya, begitu juga di sini. Cuma yang lebihnya, di sini juga adalah ruang untuk mencari inspirasi dan motivasi, dan aplikasinya untuk ruang pembelajaran baitul dakwah kita semua.
Cerita hari ini.
Cerita hari ini ialah cabaran ummi mengajar al Ameen flashcard. Dah lama, lebih kurang 2 minggu ummi tertinggal untuk mengajar al ameen flashcard alif Baa Taa, mujur ummi tak lupa pasang CD alfurqan yang mana contentnya sama dengan flashcard. Terima kasih tok Embon yang tolong proceed mengajar Al-Ameen semasa ketiadaan ummi untuk berkursus tempoh hari.
Ada progress pada Al ameen. Hari ini bila ummi tunjuk flashcard, al ameen sudah pandai mendengar. Kalau sebelum ini Al Ameen buat acuh tak acuh, hari ini al Ameen merenung kad2 yang ummi tunjuk. Yang comelnya, Al Ameen buat muka konfius setiap kali ummi baca kad-kad tu. Masa ummi sebut berulang kali, Ameer tak ikut. Bila ummi sudah tutup kad, barulah Ameer sebut berulang-ulang kali huruf 'Ka' (kaf baris diatas) sambil berjalan-jalan ke hulu hilir. Alhamdulillah.
Cuma satu perkara, terlupa pula ummi nak pasang CD Al Furqan hari ni, gara-gara menunggu cerita Oh My Ganu di tv, huh...maafkan ummi. Macammana boleh terlupa. Tak apa, esok kita main explorace cari huruf2 hijaiyyah masa nature learning ye. ( main dapat kuatkankan ingatan 2 kali ganda dari belajar macam biasa).
Tentang nature learning, semalam ameer dah belajar lagi beberapa benda alami. Batu putih bulat, bunga merah, daun, pasu bergantung, buah limau nipis yang kecil dan buah limau kasturi yang besar. Kuantiti benda alami yang boleh diisi dalam raga kecil dan termasuklah main susun batu putih bulat. Al ameen sangat teruja.
Hari ni al ameen explore sendiri di luar rumah sebab ummi tak sempat, asyik dok kemas rumah. Kesian al Ameen. Esok kita main explorace huruf hijiyyah ye. Tentang urus diri, ummi rasa ummi tak sempat nak ajar ameer cara buang air besar dan air kecil tanpa pakai pampers dengan berkesan cuti ini, sebab kita asyik travel ke sana ke mari. InsyaAllah nanti ummi minta tolong Ummi Na untuk ajar ameer mula tahun depan.
Hari ni ameer belajar lagi tentang lutut kiri dan lutut kanan. Lepas mandi, ameer main 'ketam gigit' dengan ummi pada lutut ameer-untuk tahu nama lutut dan beza lutut kiri dan lutut kanan. Ameer seronok sangat, gelak terkekek-kekek dampai meleleh-leleh air liur. Tak sempat pakai baju lepas mandi, Ameer dah berpeluh semula sebab banyak bergelut dan melompat.
Itu shajalah hari ini. Untuk rutin esok ummi akan rancang lebih detail sebelum lelepkan mata. Cuti-cuti sekolah ni banyak yang boleh dibuat, perlu dirancang rapi supaya tak rugikan masa dengan Al Ameen.
InsyaAllah...


Comments
Post a Comment