Seminar dan seminar, belajar dan terus belajar untuk mendidik kalian!
Alhamdulillah.
Selesai sudah satu daripada seribu episod mencari ilmu hingga ke liang lahad. (betul ke pepatah ni, kalau betul, nanti ummi dah tua dan tak larat, anak2 ummilah yang akan involvekan ummi dlm program2 ilmu warga emas sampailah ummi benar2 selamat ke liang lahad, ye, insyaAllah...)
Secara keseluruhannya, perkara yang paling penting ummi dapat selepas kursus ialah ummi baru tahu bahawa ada pelbagai teknik yang sedang digunapakai untuk mengajar anak2 menjadi genius al qur'an zaman sekarang (2013) (zaman kalian ni lagilah canggih-canggih caranya utk diajarkan pada cucu-cucu ummi kan..). Ummi rasa seperti semua orang yang benar fikrahnya telah dan sedang sibuk berjuang tentang Al-qur'an di Malaysia ni, dan ummilah orang yang agak ketinggalan.
Tak apalah, walaubagaimanapun, ummi bukanlah terlewat sangat kan. Teruskan usaha! Semoga Allah permudahkan segalanya.



Comments
Post a Comment