Hijrah dan Dunia Baru: Rutin Yang Baharu
Alhamdulillah segala pujian untuk Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Kaya Kasih Sayang..
Ummi, Abah dan Ameer selesai berpindah ke Shah Alam. Buat pertama kalinya ummi berpeluang menaip untuk blog ini setelah berhijrah. Ummi dan abah bersyukur kerana Allah telah memudahkan kebanyakan urusan sepanjang penghijrahan. Tujuan ummi mengikut abah berpindah ke sini dan berkorban mengambil cuti tanpa gaji adalah semata-mata ingin menyuburkan lagi madrasah kita. Lalu ummi menyediakan pelbagai alasan dan sebab bagi menjawab pertanyaan kawan-kawan diatas tindakan ummi mengambil cuti tanpa gaji yang merisikokan prestasi kerjaya ummi. Al Amin sekarang berada dalam tahap umur kritikal dalam early development, dan Ummi ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada Amir (ketua/peneraju) yang seorang ini. Entahlah, Ummi tidak pandai memberi penjelasan yang baik tentang kepentingan tindakan ini kepada kawan-kawan. Ummi serius ingin melihat Al Amin tumbuh membesar menjadi Haafiz yang genius.
Ummi yakin tidak ada manusia yang lebih baik dari Ummi untuk mendidik anak ummi sendiri, Al Amin. Lalu keputusan dibuat maka Ummi perlu berkorban. Untuk pertanyaan kawan-kawan, Ummi hanya menjawab bahawa ummi ingin sambung belajar , dan sememangnya ummi sedang sambung belajar di peringkat MAster, dan sekali lagi ummi berkorban melepaskan peluang tajaan dan biasiswa yang layak ummi terima . Sekiranya bidang yang dikaji adalah berkaitan dengan kehendak kementerian, ummi layak memohon biasiswa tersebut tetapi ummi belajar sambung master dalam bidang parenting kerana ingin memahami little caliph anugerah Allah anak ummi yang soleh ini, Al amin. Biarlah, Ummi tak kisah.. Bukan pangkat atau gelaran graduan Ijazah Sarjana itu yang ummi kejarkan, yang utama ialah tarbiyyah yang sesempurna mungkin untuk Al Amin. Ummi yakin Allah akan memudahkan segalanya. Segala usaha yang dilakukan bukanlah demi kepentingan ummi dan keluarga. Segalanya hanyalah untuk Allah. Ummi hanya perlu berjuang menyediakan legasi yang menyambung mata rantai perjuangan yang sedia ada.
Di rumah baru, wujud biah yang baru. Sekarang, Al Amin lebih dekat dengan hotspot yang menjadi target ummi sekian lama. Al Amin lebih dekat dengan masjid mesra kanak-kanak, lebih mudah ke perpustakaan mesra kanak-kanak, dan easy access ke islamic playgroup. Abah pula setiap hari bahagia ke taman-taman syurganya. Masjid-masjid di sekitar Shah Alam ini adalah masjid yang hidup. Ummi pula dengan senang hatinya menempa tarikh kursus atau seminar dan majlis ilmu yang diidam sekian lama, terutamanya kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Anak-Anak teknik Islam, teknik yang paling berautoriti daripada segala teknik yang ada di atas muka bumi. Maka suatu 'sistem' mesti dibentuk untuk merealisasikan madrasah yang diimpikan. Ya, rumah sebagai madrasah. Madrasah kepada setiap ahli anggotanya, baik Al Amin, Ummi dan Abah. Tetapi di sini, biarlah ummi menceritakan bahagian Al Amin sahaja.
Di bawah ini adalah beberapa JADUAL UNTUK UMMI (bukan jadual untuk Ameer). kerana ummilah yang akan menggerakkannya. Bukanlah Ummi ingin terlalu berorientasikan jadual dan bersikap skema, tetapi ia sekadar reminder kepada rutin harian ummi. Di sini ummi kongsikan.
5 perkara ini adalah Secondary Main Concern ummi terhadap Al Amin setiap hari. Ummi akan sedaya upaya menyempurnakannya mengikut kesesuaian masa samada waktu pagi, petang atau malam hari.
Detail checklist boleh tulis dan boleh padam yang telah diliminate, dan ditanda menggunakan whiteboard marker jenis 500 (bukan 550 kerana whiteboard marker jenis 550 susah dipadam)
Ini ialah jadual 'Today's Task' yang Ummi perlu fikirkan aktiviti yang sesuai bergantung kepada subjek yang ditentukan. Kadang-kadang, diantara subjek ada yang bertukar hari kerana disesuaikan dengan kelapangan Abah. Tidak kisahlah yang mana satu dahulu dilakukan asalkan semuanya pernah dilakuan sekali dalam seminggu.
Dan yang terakhir ini ialah Primary Main Concern ummi terhadap Al-Amin dalam satu hari. Segalanya tentang Hafazan Al-Qur'an. Ada beberapa formula dan teknik khusus bagi setiap circle yang digambarkan di atas. Yang ini juga ummi cuba lakukan mengikut kesesuaian masa. Misi circles di sini kelihatan serius, namun, semuanya dilakukan secara santai.
Dan masa yang selebihnya ummi gunakan untuk mengurus rumah, belajar dan mengurus madrasah ( perancangan menjadikan rumah sebagai pusat ilmu dan Al-Qur'an, InsyaAllah) Semoga Allah terus beri kekuatan kepada Ummi dan Abah supaya Istiqamah dalam perjalanan mendidik Ameer Al Amin. Amin..






Salam.k.hani thanks sudi share...surah thoha tu ayat brape yer yg diamal tu? Pastu sunnah appetite tu ape? Ke pemakanan? Ruqyah k.hani buat mcm mane? Then yg bedtime story itu bg contoh crita skit..
ReplyDeleteAssalamualaikum ida...terima kasih bertanya.. Sebelum k.ani buat entri baru yang detail tentang setiap satu tu, k.ani jawab dulu soalan ida secara ringkas ye..
ReplyDeletePertama.
Surah Thoha tu ayat 1-5: Baca ayat tu dan hembuskan pada air minuman biasa yang anak minum setiap hari.
cara mengamalkan ayat tu ialah:
1) Bacan al fatihah
2) Bacaan ayat Kursiy
3) Bacaan surah Thoha ayat 1-5
sebagai cadangan, kita boleh spend 3 minit di dapur buat macamni dan tiup pada semua air masak di dapur setiap pagi sebelum memulakan tugas di dapur awal hari.
Kedua.
Sunnah appetite tu pemakanan sunnah.. akak mengambil inspirasi sunnah appetite di pagi hari daripada saranan ustazah Norhafizah Musa, sekaligus buat pada anak dan keluarga. Juga terinspirasi selepas baca buku 'Rasulullah Is my Doctor'
Cara-caranya, untuk diri sendiri: Minum segelas air suam selepas bangun pagi, dan buat lagi segelas air suam +madu+habbatus sauda+za'faran+racik kurma dalam air suam. Buat 2 gelas, untuk diri dan suami.
untuk anak, hanya campurkan sesudu madu dan habbatussauda dalam susu pagi (susu botol) untuk anak. Kalau masih menyusu badan, tak perlu.. sebab zat makanan sunnah yang kita makan tu akan masuk dalam susu badan jugak..
Ketiga.
Ruqyah minda tu terapi self esteem untuk anak semasa dia tidur, atau semasa anak lali-lali nak tidur..atau juga boleh apply masa dia tengah ralit buat apa pun...masa ni gelombang otak dia sedia terima apa saja yang kita cakap terus masuk dalam minda separa sedar dia.
Cara-caranya: Ulang balik baca 1) surah al fatihah, 2) ayat Kursiy 3) surah Thoha 4 )surah al insyiroh dan 5) Pesan benda baik dan hembus/usap p ada ubun2 anak . contoh pesanan;" Ameer anak soleh...Ameer cinta sayang allah, Ameer cinta sayang Nabi Muhammad, Ameer cinta sayang al Quran', Ameer nak jadi penghafaz al qur'an dsbg..." InsyaAllah, suatu masa nanti, anak kita tak sedar pun yang dia sebenarnya sangat cintakan al-qur'an..
Keempat.
Bedtime story..
sebelum tidur, bacakan kisah tentang nabi-nabi..Kita boleh guna buku yang bergambar dan berwarna warni..walaupun pada mulanya anak macam tak faham apa yang kita cerita, teruskan saja bacakan untuk dia...lama-lama dia akan faham dan bila sudah faham, cerita-cerita perjuangan nabi ni akan masuk dalam minda separa sedar dia...kalau malam-malam dia dapat mimpi tentang apa yang kita ceritakan tu kan bagus...harap-harapnya lah...
Penceritaan ni sebenarnya, kalau kita nak lebih berkesan, mungkin di suatu masa lain kita spend masa dengan anak tunjukkan gambaran awal dahulu, contohnya kalau kita nak cerita tentang battle Rasulullah dan sahabah, sebelum tu kita bawa dia tengok youtube tentang kuda-kuda yang tangkas berlari, archery, dan kehebatan seorang satria/hero berkuda from a selected film seperti sultan muhammad al fateh atau sebahagian filem yang ada knight yang gagah (nanti sampai masa perlu explain situasi 'knight' yang sebenar). Namun, hati-hati dengan unsur2 lain yang tak sehat, jangan sampai anak tertengok walau sesekali.. itu sahajalah ida... akak yakin Ida faham bagaimana nak 'blend' gambaran yang baik dari sumber barat dengan keperluan tahap kefahaman anak...insyaAllah...
Syukran jazilan k.hani..sgt bmanfaat utk diterapkn...smoga mmdapat keberkataan ats usaha2 k.hani utk share semua ilmu parenting ni :) -ida
ReplyDelete