Permulaan Yang Baik.

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dengan segala nikmat yang dikurniakan yang tak pernah putus melimpah dan semakin banyak. Maha Kaya Allah Taala dengan kasih sayang...

Dengan nama Allah Ar Rahman, dan Ar Raheem..

Dengan izin Allah Ummi bangun jam 5 pagi untuk melakukan apa yang perlu untuk membersihkan hati dan memohon kemapunan kepada Allah atas setiap silap dan salah sangka, salah tindakan atau salah rancang yang dilalui pada hari sebelum, setiap hari, usai subuh dan berma'thurat sehingga jam 6.30 pagi. Dingin subuh dan ketenangan pagi amat membantu sesi muhasabah dalam kuliah subuh bersama Ustaz Don via channel 114  Tv Al Hijrah. Alhamdulillah tak perlu lagi ummi bergesa-gesa untuk ke tempat kerja. Setiap masa dapat diluangkan dengan penuh nikmat dan seni dalam memahami dan menumpukan perhatian tarbiyyah terhadap Abah, Ameer, diri Ummi dan madrasah kita.

Jam 7.00, Ummi mula menyediakan sarapan pagi. Usai sarapan pada jam 8.00, ummi bangunkan Ameer yang nyenyak tidur macam anak bear, mandikan Ameer dan bermulalah lesson untuk sepanjang hari. sesi bersihkan badan, gosok gigi dan cermin diri (tengok cermin sambil bual tentang Ameer si budak pandai, Ameer si anak soleh, Ameer si anak baik dan kuat dan sihat( you raise your hand each time I ask you who was that person -that is so kind, soleh, special, genius, strong heart, and then you smile to yourself) Ummi pakaikan baju yang sesuai untuk bawa Ameer ke Pasti Al-Furqan. Packing susu, pempers, baju, tuala, buku, alat tulis dalam mini bag al Amin, dan bawa bahan bantu mengajar untuk hari ini.

Di Pasti al Furqan, Ameer berkawan dengan anak-anak Pasti, selepas ini ummi perlu datang awal untuk pastikan Ameer dapat  line up together untuk belajar solat dhuha. Usai solat, Ameer dan anak-anak daycare macam selalu akan dengar Ummi cerita tentang huruf-huruf al Furqan, melukis dan mewarna, dengar kak Ocam belajar dengan Ummi dan dengar ummi cerita tentang Kisah singa dan Nyamuk (actually Ameer dont really give attention because you were so enjoy coloring the papers -but the daycare kids does.) Anak-anak daycare turut sempat mengaji dengan Ummi walaupun kita hanya buat lawatan santai. Terima kasih kepada Ummi Aminah yang mengajak kita ke Al Furqan, semoga Allah sentiasa melapangkan rezki Ummi aminah sekeluarga.

Jam 11.00 Ummi bawa Ameer ke masjid . Di masjid, Ameer rehat. tak lama kemudian, ameer dapat saksikan jemaah semakin ramai datang ke masjid untuk solat berjemaah zohor.. Ameer dapat dengar azan berkumandang, saf-saf dipenuhkan, dan para jemaah sama-sama mengangkat takbir dan mengikut segala gerak Imam. Perkara yang paling mneyentuh hati Ummi ialah, Ameer request untuk mengambil wudu' selepas mandi . Ameer berdiri di atas batu tempat orang mengambil wudu dan meniru gaya kakak-kakak sekeliling mengambil wudu. Setelah siap, dengan comelnya Ameer bersetuju untuk ke dewan solat -tapi Ameer masih belum bersedia untuk belajar solat, -it is just ok).

Hari ini, banyak perkembangan positif. Ameer boleh menerima nasihat ummi dengan baik dalam banyak hal. contohnya, Ameer dengar cakap ummi untuk salam dan sayang kakak di masjid, ameer terima keputusan ummi untuk tidak menaiki tangga dan ikut ummi ke dewan solat biasa sahaja, Ameer berkawan dengan baik dengan anak-anak Pasti.  Ummi sanagt bersyukur dengan manner Ameer hari ini. Mungkin kesan daripada cukupnya kredit dalam 'emotional dan social account' Ameer. InsyaAllah Ummi doakan Ameer dapat berkembang dengan lebih baik, annakku Soleh yang genius! InsyaAllah.

satu lagi, antara perkara yang mencuit hati ummi ialah semasa makan tengahari dengan Abah, Ameer hanya makan asikrim, tetapi dalam keadaan mengantuk! Comel sungguh bila ameer menjilat aiskrim dengan muka yang sanagt comot dan dalam keadaan terlelap sebentar-sebentar. Kesian Ameer terlalu mengantuk, jadi selepas makan, amer tertidur lena sehinggalah sekarang (sampai di rumah). 

Malam ini Ummi merancang untuk menyediakan bahan-bahan untuk slot belajar daycare esok yang selaras dengan jadual Ameer. Esok ialah hari untuk Mengaji Al Furqan dan Art! Lusa untuk Mengaji al Furqan dan Mathematic! dan seterusnya.  Walaupun asyik tersesat jalan,dan Ummi agak penat kerana perlu 'berbincang' dan memahamkan Ameer dan cope denagn situasi ketika Ameer marah atau menagis, kemudian tersalah jalan lagi, kemudian dan kemudian dengan pelbagai lagi fitrah anak kecil, Ummi perlu kuat, perlu kuat untuk sentiasa berada di sisi Ameer dan Ameer perlu belajar direct dari Ummi, tidak ada yang boleh berkorban untuk Ameer dengan izin Allah melainkan Ummi sebagai ibu untuk membesarkan Ameer supaya menjadi anak yang Soleh, sihat dan genius, dengan Izin Allah jua ini boleh berlaku. 

 Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan lagi urusan kita pada hari esok dan seterusnya. Ameen..

p/s: Anak, you have to be selected as Ansorullah soon. Ameen, InsyaAllah.



Comments