Bina Semula Pendirianmu, Anakku.
Alhamdulillah. subhanallah. allahuakbar.
allahummasolli ala saiyidina Muhammad, wa ala aalihi, wasohbihi ajma'in..
Bismillahirrohmaanirrohim,
4 tahun ialah masa yang telah ummi gunakan untuk menstabilkan hidup ummi dari segi 'antara tujuan akhir hidup dan tuntutan semasa' ummi. Tempoh sekarang ialah noktahnya, setelah ini, ummi pulang kepada pentas latihan. dan 5 tahun dari sekarang, mudah-mudahan ummi layak mencalonkan diri ummi di medan sebenar perjuangan.
3 tahun sebelum tempoh 4 tahun sebelum ini, ummi telah mulakan dengan tergesa-gesa, dan tak mampu bertahan lama, kerana kekurangan ilmu dan latihan sebenar, dan rupa-rupanya ianyapun bukanlah medan sebenar.
Anak,
ada satu tempoh, dimana persekitaran kita ialah 'guru' kita, dan Allah adalah pemerhati kita.
dan satu tempoh kemudiannya, bila kita sudah yakin untuk berdiri sama tinggi dengan pendirian para sahabat rasulullah s.a.w, ketika itu melangkahlah tanpa ragu lagu lagi, bahawa
Allah matlamat kita,
Islam ialah apa yang kita bawa sepanjang hayat,
Jihad jalan kita.
Tiada istilah 'hidup selesa di dunia', yang perlu hanyalah bersederhana.
Berjuang memang penat anakku,
kerana, syurga tempat rehatnya. abadi.
Jangan sesekali mahu berehat lama di dunia, takut leka
dan binasa.


Comments
Post a Comment