Timetable Ummi

Bismillahirrohmanirrohim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, maha suci Allah dan segala puji bagi Allah sebanyak seluruh ciptaaMu,sebanyak redha terhadap diriMu, sebanyak seluruh perhiasan di arasyMu, dan sebanyak bilangan kalimah-kalimahMu.

subhanallahi wa bi hamdihi, adada qhalqihi, wa redho nafsihi, wa zinata arsyihi, wa midada kalimatihi..

" Ya Allah, jadikanku dari kalangan orang-orang yang mendirikan solat dan begitu juga kepada anak-anakku, ya Allah, kabulkan permintaanku"

" Ya Allah, bantulah diriku dan keluargaku dalam mengingatiMu, dan dalam mensyukuriMu, dan dalam mentaatiMu, dan dalam memperbaiki ibadah kami"

" Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kebaikan yang terbaik berpanjangan keatas penghulu yang telah berkorban dan bersusah payah untuk kami, Nabi Muhammad sollallah alaihi wasallam, dan keatas keluarga baginda, serta keatas sahabat-sahabatnya yang setia kepadanya sepanjang perjuangan mereka untuk menyampaikan Islam kepada kami, seluruhnya..."

Ameen..

Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Minggu ini ummi telah berjaya merancang jadual untuk merubah kehidupan ummi dan abah dengan lebih berdisiplin. Dahulu semasa ummi berada dalam zaman belajar, mudah benar untuk ummi beribadah secara sistematik, tetapi sekarang cabarannya berlainan. Mungkin Allah mahu latih ummi untuk FOKUS.

belajar untuk fokus dalam cabaran.

sekarang ummi ada abah, dan bakal mujahideen yang memerlukan sebahagian besar masa ummi untuk diberikan. Dalam satu hari, ummi perlu menguruskan makan pakai semua, bekerja dan mengemas rumah dan melatih mujahid ummi, sudah tentu ummi mudah hilang fokus. kali ini, insyaAllah, Ummi akan berjaya.

Jadual uang ummi maksudkan adalah seperti dibawah. Pernah murobbi ummi berpesan, tak dapat lakukan semua, jangan tinggalkan semua. Buat masa ini, inilah jadual ummi untuk 40 hari untuk melatih minda separa sedar ummi supaya terbiasa. setelah itu, barulah ummi akan tingkatkan amalan ibadah khusus dan ibadah umum secara berperingkat-peringkat...




Alhamdulillah.. ummi berharap sangat anak-anak ummi tahu bahawa ummi dan abah sangat bersunnguh-sungguh untuk mendidik anak-anak ummi menjadi al Hafiz dan mujahid di jalan Allah. InsyaAllah.

Comments