Ibu dan Bapa Passport ke syurga.
Mari renungkan kitaran hidup ini.
Nenek telah melahirkan ibu kita suatu masa dulu. Nenek menjaga ibu dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan sehinggalah Ibu mampu berdikari. Kemudian ibu bekerja. Kemudian Ibu berumahtangga dengan ayah. Maka bermula pulalah episod hidup kita. Kita dilahirkan ke dunia, kemudian ibu dan ayah punya tanggangjawab tersendiri untuk difokuskan. Ibu dan ayah ada kerjaya, ibu dan ayah ada kelurga, ibu dan ayah ada anak-anak untuk dibesarkan. Anak-anak iaitu kita yang juga perlu dibesarkan dengan penuh kasih-sayang dan pengorbanan. Secara logiknya sudah tentu nenek dan tokwan di kampung menjadi tanggungjawab yang ke seterusnya, bukan lagi yang pertama atau kedua. Ruang untuk pulang berbakti kepada nenek dan tokwan semakin sempit kerana tanggungjawab sedia ada.
Dalam episod kehidupan kita sekarang ini, kita dilahirkan. Ibu dan bapa kita telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan sehingga kita mampu berdikari. Habis belajar, kita bekerjaya. Kemudian berumahtangga dan melahirkan anak-anak untuk sebuah keluarga. Ketika ini, ibu dan bapa kita di kampung semakin tua. anak-anak yang kita lahirkan ini juga menuntut pengorbanan dan ksih sayang yang tinggi dalam membesarkan mereka.. Kita bertanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan anak. tanggungjawab yang setiap satunya ada tingkat prioritinya. Sudah tentulah yang pertama ialah sebagai isteri yang baik kepada suami. Kedua, ibu yang baik terhadap anak. Ketiga, pekerja yang baik terhadap majikan dan keempat, anak yang baik terhadap ibu bapa di kampung. Tingkatan prioriti ini terbina daripada peratus masa yang terbesar yang diluangkan sepanjang hari.
Namun apa yang ingin ditekankan ialah renungan terhadap peratus masa yang digunakan untuk berbakti semula kepada ibu dan ayah kita. Kebanyakan masa ibu dan ayah kita semasa awal perkahwinan sehinggalah 3/4 kehidupan selepas itu adalah mencari rezki dan berkorban untuk memastikan anak-anak berjaya, bila pula kita mampu mengorbankan 3/4 masa daripada keseluruhan hidup kita selepas berdikari hanya untuk ibu dan bapa? Tidak mampu bukan? Dengan tanggungjawab yang ada, kita tidak akan mampu melakukannya. Begitu juga ibu bapa kita, mereka juga tidak mampu membalas penuh budi nenek dan tokwan membesarkan mereka sejak kecil. Nenek dan tokwan meninggal apabila kita mula dewasa. Dan ibu bapa kita juga akan meninggalkan kita apabila anak-anak kita mula dewasa. Seterusnya, kita pula akan menyusul pergi di saat cucu-cucu kita mula dewasa.
Namun persoalannya, adakah pada detik-detik sebelum kita menyusul pergi terisi dengan kehidupan yang tetap bahagia, tanpa sedikitpun berkecil hati atau kecewa dengan anak-anak yang tetap sibuk dengan urusan dan tanggungjawab berprioriti semasa? Jika jawapannya "tidak", pasti hari ini kita juga telah membahagiakan dan memuliakan ibu bapa sebaiknya.
Benarkah?
Mari tanya iman dan masa diri kita. Pasti ada yang akan berkata. "Habistu, nak buat macammana, dah fitrah hidup memang begitu...". Benar. ia memang begitu. Namun jangan dibarkan sekadar memang. Untuk itu, merenung kitaran ini bukanlah untuk kita untuk menyesali ketidaksempatan, menyalahkan diri, atau mengundang risau tetapi sekadar untuk reset sedar hati bahawa masa yang berbaki unutk kembali berbakti hanya sejemput cuma. Kitaran akan terus berlaku zaman berganti zaman dan perkara yang sama akan berlaku pada kita. Apabila anak-anak kita dewasa, Insyaallah mereka akan menjaga, menghormati dan memuliakan kita sekiranya hari ini kita telah memulakan tindakan yang sama terhadap ibu bapa. Janji allah itu pasti. Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat.
Kita tidak akan mampu berkorban semulia ibu dan bapa, namun, buatlah sesuatu supaya mereka sentiasa rasa dihargai. Tanda ingatan itulah yang paling penting. Tanda ingatan boleh dizahirkan dalam bentuk pemberian hadiah, buah tangan, wang belanja atau sekadar telefon yang kerap untuk bertanya khabar. Bagi yang tinggal berjauhan, usahakan untuk pulang menjenguk sekerap mungkin. namun, jika tidak mampu, bertanya khabar melalui telefon adalah baik dari sekadar hanya berdoa dari jauh tanpa membuatkan mereka sendiri rasa diingati secara nyata.
Ibu dan bapa juga tidaklah mengharapkan wang anak-anak, namun jika kita mampu menghulurkan sebahagian kecil daripada gaji hasil kerja secara konsisten diiringi doa dan bertanya khabar, pasti mereka akan srasa diingati.
Jangan Pernah Merasa Lebih Mulia Daripada Ibu Bapa.
Apabila kehidupan bekeluarga kita hari ini kelihatan seperti kehidupan kita semasa kecil bersama ibu dan bapa zaman dahulu dari persepsi kita, janganlah pula merasa lebih mulia dari mereka. syurga tetap di bawah tapak kaki ibu. sebanyak mana bakti yang ditaburkan untuk masyarakat, tidak akan dapat kita jumpa syurga dari saluran yang lain sekiranya ibu dan bapa tidak diutamakan.
Setiap manusia ada kelemahan. Begitu juga ibu dan bapa kita serta diri kita sendiri. Pasti mereka pernah melakukan dosa tatapi bukanlah menjadi hak mereka untuk menerima hukuman dari penilaian mata kasar kita. Kita tidak ada hak untuk memberi layanan yang lebih kurang sebagai tanggapan hukupan, hak seorang ibu atau bapa terhadap anaknya hanyalah berbuat kebaikan.
Surah Luqman: ayat 15 dan terjemahan.
Kisah Uways Qarni.
Taatilah mereka selagi tidak bercanggah syarak. Berhubunglah selalu, mohonlah supaya ibu dan bapa terus mendoakan kejayaan dunia dan akhirat kita.


Comments
Post a Comment