Sensitif Jiwa Positif

Orang yang panas baran sebenarnya mempunyai sensitiviti hati yang tinggi. Sensitiviti adalah input kepada hati, manakala perasaan yang lahir dari sensitiviti itu adalah output dari hati.

Sekiranya, output hati itu adalah marah, maka pemarahlah orangnya. Sekiranya output hati itu adalah sabar, maka orangnya ialah orang yang tenang.

Mempunyai sensitiviti hati yang tinggi adalah satu bonus tuhan dalam kehidupan. Hanya dengan mengawal output hati, seseorang mampu menggunakan daya kesedaran hati ke tahap maksima. Dan ia mampu menjadi orang yang paling bermanfaat kepada dirinya dan sesiapa sahaja.

Bila hati sensitif terhadap layanan manusia yang negatif, maka sebenarnya hatinya itu telah mengesan cara terbaik untuk menzahirkan respon yang terbaik. Tidak dinafikan, akan ada rasa terkilan, akan ada rasa penyesalan, namun pada orang yang memiliki hati yang sensitif itu sentiasa ada penyelesaian, hanya dengan mengawal outputnya, iaitu, jangan marah.


Kata orang bijak pandai:

'Sekali kamu melayan orang dengan cara yang sama kamu dilayan, kamu tidak memberikannya apa-apa. Tetapi jika kamu melayannya dengan lebih baik, kamu menyebabkan dia menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya'.

Comments