Profesional untuk Ciptaan Paling Bijak

Semakin tinggi Kasih Sayang,
Semakin mudah dapat sabar,
Kalau tidak sabar, maknanya tiada Ikhlas.

Tanda sayang , panggil nama anak biar ada makna.
Jangan sampai bersangka-sangka
Mendidik jangan terlalu bersahaja
Terus beri harapan,
terus beri peluang, 
terus beri sokongan,
Sokong dan tetap dorong.

Wahai ibu, tugas ini adalah tugas yang Profesional. Jika dihayati, ia lebih kompleks dari tugas seorang doktor, lebih kompleks dari tugas seorang jurutera, lebih kompleks dari tugas seorang peguam.

Anak itu manusia ciptaan Allah yang kompleks dan unik. Kompleks dalam bentuk jasad fizikalnya, kesempurnaan ruhnya dan penciptaan akalnya. Unsur jasad, unsur ruh dan unsur akal ini adalah 3 komponen yang telah dijadikan Tuhan begitu sempurna. 

Begitu sempurna jauh tidak tertanding dengan ciptaan paling bijak di dunia (the world smartest invention)

Mana mungkin ciptaan paling bijak dalam dunia ( the worlds smartest invention) diamanahkan dengan tuntutan penjagaan penyelenggaraan yang biasa-biasa?

Sudah tentu ia memerlukan penjagaan yang kompleks, terperinci dan unik, sepertimana kejadiannya. Apalagi bila 3 komponen unik iaitu jasad, ruh dan akal itu perlu dibangunkan dari semasa ke semasa..


Comments