Amalan Ibu Bapa Untuk anak Kreatif dan Cemerlang


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...










Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih memberikan Ummi peluang dan jalan untuk bekerja di jalanNya. Sebentar tadi , selesai mentasmi' di kelas tahfiz hujung minggu di Surau Al-Amin (nama rasmi surau di kawasan kediaman di sini), Ummi terjumpa sebuah buku milik surau tulisan Fuad Hj Sam bertajuk 'Anakku, Didiklah Hati MencintaiNYa' . Ummi sempat belek buku tersebut dan baca beberapa halaman.

Ada satu halaman yang dibaca yang ingin Ummi kongsikan. Tajuk kecilnya ialah 'Amalan Ibu Bapa Untuk Anak Kreatif dan Cemerlang'. Pada mulanya, Ummi merasakan ia tidaklah begitu penting untuk dicatat kerana ia seperti amalan lain yang boleh difikirkan secara logik. Namun, apabila penulis buku tersebut menekankan bahawa catatan tersebut adalah hasil yang dikumpulkan dari kitab-kitab muktabar, Ummi rasa tertarik. 

Kitab-kitab muktabar bukanlah calang-calang kitab. Kebanyakannya ditulis para Ulama. Ia nasihat Ulama'. Nasihat guru biasa di sekolah pun kita iktiraf kemuliaannya, apalagi Ulama pewaris nabi. Nasihat dari orang yang mulia jika diamalkan, keberkatannya selalu mengiringi pengamalnya.

Antara tips yang Ummi rasakan amat bermanfaat untuk diamalkan oleh ibu bapa yang terdapat dalam buku tersebut adalah seperti berikut.

1) Membaca Al Fatihah: 40 kali/ mengikut kemampuan.
2) Berdoa khusu untuk anak-anak seperti kebaikan yang dihajatkan.

atau

1) Membaca al Fatihah 120 kali (boleh dilakukan sambil membuat kerja rutin harian)
2) Hembuskan pada semua minuman anak-anak.

atau

1) Mengamalkan zikir seperti berikut:
   - Ayatul Kursiy (dibaca beberapa kali mengikut kemampuan)
   - Surah al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas (3 kali setiap pagi dan petang)
   -seterusnya ialah seperti yang tercatat dalam gambar di bawah mengikut susunan.
   



Kebanyakan ayat-ayat ditulis di sini sudah terdapat dalam ma'thurat... jadi, jika sudah biasa mengamalkan ma'thurat, sudah memadai..

Semoga bermanfaat..

Comments