Tahap Perkembangan Kanak-Kanak 2-3 Tahun: Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Di sini Ummi kongsikan panduan atau tahap pencapaian atau tahap perkembangan anak yang berusia 2-3 tahun, seperti Al Ameen.  Seperti biasa, tahap perkembangan ini terbahagi kepada 6 domain utama iaitu:

1) Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

2) Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal.

3) Perkembangan Deria dan Pemahaman dunia Persekitaran.

4) Perkembangan Fizikal

5)Perkembangan Kreativiti Dan Estetika

6) Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik.


Tahap Perkembangan 1: Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.


  1. Menyedari dan menunjukkan rasa takut atau bimbang terhadap orang lain.
  2. Suka dipuji terhadap segala usaha mereka.
  3.  Menunjukkan kelansunagn fizikal terutamanya ketika kecewa atau marah.
  4. Menunjukkan tantrum yang agak ketara.
  5. Tidak sabar/cepat pemarah contohnya susah untuk mengikut giliran permainannya.
  6. Bersifat mengarah dan meminta sesuatu dengan segera.
  7. Sering melawan dengan menjerit 'tak nak'.
  8. Mula menunjukkan rasa empati, belas kasihan dan mengambil berat tentang orang lain dengan cara memujuk.
  9. Tidak putus asa dalam menyelesaikan masalah.
  10. Sukar untuk membuat pilihan, mahukan kesemuanya.
  11. Membina kebolehan memahami perasaan yang berbeza sewaktu menghadapi situasi yang berlainan.
  12. Boleh menangani emosi takut, marah, kecewa, cemburu dan lain-lain.
  13. Menyayangi barangan kepunyaan sendiri dan belum bersedia untuk berkongsi barang dengan orang lain.
  14. Mengenali diri dalam gambar.
  15. Memerhati dan meniru cara kanak-kanak lain bermain, sesekali turut serta tetapi lebih selesa bermain sendirian.
  16. Gembira dapat 'membantu' melakukan kerja-kerja rumah.
  17. Mula membina persahabatan dengan rakan sebaya.
  18. mempunyai kawan istimewa.rapat.
  19. Mula mengikut kata, mendengar, atau mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh orang dewasa.
  20. Suka meneraokai objek untuk mempelajari sesuatu daripadanya
  21. Mempunyai minat yang mendalam untuk mendapat pengalaman baru di luar rumah atau di tempat baru.
  22. Boleh menjangka kesan daripada perbuatan.

Comments