Membantu Abah

Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sudah lewat malam. Ummi berhenti seketika dari menaip tugasan. Sudah lama tak rasa begini, 'struggle' menyiapkan assignment untuk dihantar pada esok hari. Namun kali ini, ummi berjaga untuk insan tercinta yang dihormati, Abah. Kasihan Abah bertungkus lumus menyiapkan proposal tesis untuk dihantar pada esok hari.

Sudah seminggu abah berkampung di rumah, kali ini ummi lihat Abah benar-benar serius dengan tugasannya. Manakan tidak, sampai terlupa berasa lapar. Pelik sungguh Ummi bila Abah tak request apa-apa makanan selepas 4 jam. Selalunya, cepat saja. Kasihan Abah. Jadi, ummi pun mengoffer diri  turut bertungkus lumus bersama abah menyiapkan thesis proposal. Kadang-kadang Ummi emo juga bila idea ummi ni tak diterima. Hihihi, itulah pro dan contra jika belajar sekali. Mujur abah sabar, sabar sebab nak Ummi terus bertahan buatkan sebahagian tugasan abah.

Antara hasil kerja: Paraphrasing ideas




Al Ameen sudah nyenyak tidur. Sesekali ummi mencuri lihat laman FB, periksa inbox kalau-kalau ada di kalangan adik-adik muslimin atau muslimat mesej progress tentang baitul muslim. Ya, Ummi dan abah sekarang dalam masa yang sama ejen baitul muslim. Maka bertimbun-timbunkan borang dan resume yang belum di selesaikan. Bukan tak sempat, atau kekangan dari pihak ummi atau abah, hanya masalah 'matching' yang sering ada yang tak kena.. Contoh yang paling tepat ialah IbuNgah Ameer sendiri. Entahlah...bilalah nak makan nasi minyak hari IbuNgah tu..

Berbalik kepada cerita abah. Sepanjang bantu abah siapkan thesis proposal, banyak ilmu yang ummi dapat. Abah kaji perkara yang bukan sekadar Design, tetapi melibatkan psikologi dan budaya. Ummi sangat suka bab psikologi dan budaya. Sedikit dari dapatan untuk dikongsi - rupa-rupanya Malaysia adalah negara yang mencatatkan ranking tertinggi  budaya berasaskan collectivism. Budaya ini budaya kerja berpasukan, kerjasama, mementingkan hubungan dan kepatuhan kepada majikan yang tinggi, Namun ada pro dan contranya. Ada baik dan buruknya.

Nanti ummi update dapatan secara detail.  Itu sahajalah cerita hari ini. Semoga abah terus kuat menyiapkan tesis. Semoga abah terus sukses...Ameen..

Comments