Garis Umur dan 'Garis' Taqdir
Beginilah 'garis umur' bagi 10 orang sahabat Nabi yang telah dijanjikan syurga. Setiapnya adalah satu garis lurus melintang yang bermula pada satu titik dan berakhir pada satu titik yang lain.
.
.
Kira-kiranya jika grafik ini dibuka pada tetingkap pc, panjangnya garis lurus itu hanyalah sejengkal. Begitulah umur umat Nabi Muhammad, hanya 'sejengkal' dari garis masa yang merupakan sebahagian dari garis taqdir Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalanya.
.
.
Walaupun begitu, garis umur yang sejengkal itu telah diperhabiskan dengan sebaiknya. Menjadi pendukung agama di barisan pertama bukanlah calang-calang manusia. Mereka dijanjikan syurga sejak di dunia bukan hanya kerana pengorbanan besar yang telah dilakukan, tapi kerana jazamnya janji dan nekadnya hati membantu perjuangan Rasulullah s,a.w hingga ke akhir usia.
.
.
Itulah kredibiliti terunggul, masakan tidak, syarat utama periwayat hadith adalah berdasarkan karakteristik mereka, a'dalah bertunjang taqwa, dabit bertunjang kepintarannya, fungsi sikap yang mulia bersepadu dengan kecerdasan aqal. Kerana itu, Allah memilih mereka sejak mula.
.
.
Maka, kita bagaimana?
.
.
Bagaimanakah agaknya garis taqdir pada garis umur sejengkal kita? Mampukah kita mencontohi kredibiliti mereka? Jauh sekali bukan... Ataupun setidaknya kita cuba mencontohi kredibiliti ulama tabi'in- Hasan-Al Basri? Az Zuhri? Imam Abu Hanifah?Masih jauh bukan...
.
.
Atau kita berundur lagi cuba untuk mencontohi ulama tabi' tabiin?- Imam malik?..Imam Syafie?.. Masih terlalu jauh lagi..
.
.
Lalu kita undur lagi , untuk kita cuba lagi contohi kredibiliti ulama' generasi yang terkehadapan lagi? Imam Bukhari, muslim dan yang lain...? Masih belum dapat digapai.
.
.
Lalu kita kembali kepada cuba mencontohi kredibiliti ulama sekarang. Ya sekarang juga ramai ulama yang unggul kredibilitinya...namun, kita masih tetap jauh dari ulama' juga akhirnya..
.
.
Lalu, di manakah kita?
Siapakah kita?
Bagaimana nasib' umur "sejengkal' kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W?...
Catatan Muhasabah,
Umi Hanisah.
7 Oktober 2019



Comments
Post a Comment