Lafaz Selawat Yang Sempurna
Cinta Nabi...selawatlah.
Belajar mencintai Nabi..selawatlah.
Belajar merindui Nabi..selawatlah.
يا رسولَ اللهِ، هذا السَّلامُ عليك قد عرَفناه ، فكيف الصَّلاةُ عليك ، قال : قولوا اللَّهمَّ صَلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ كما صلَّيْتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ
إنَّك حميدٌ مَجيدٌ ، وبارِكْ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ كما باركْتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ إنَّك حميدٌ مَجيدٌ
“Wahai Rasulullah. Adapun tentang memberi salam ke atasmu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atasmu? Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: (Allaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kamaa sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
*Dalam riwayat lain dengan sedikit perbezaan lafaz pada “wa baarik” diganti dengan “Allahumma baarik”.
Ini adalah lafaz selawat ke atas Nabi yang paling sempurna dan tidak ada yang lebih sempurna daripada itu. Kalau kita inginkan pahala selawat yang paling sempurna, inilah yang perlu kita baca, iaitu seperti mana yang kita baca di dalam tahiyat sebelum salam. Lafaz itu bukan khas di dalam solat sahaja. Di dalam solat, itu yang wajib kita baca..
Buat yang terbaik,
Rahmat Allah mengatasi segalanya.
Wallahua'lam.



Comments
Post a Comment