Jika Ingin Berubah
Apa yang kita rasa tentang diri kita mesti ditukar dan disegarkan dengan perasaan yang indah-indah. 'Perkataan' kita sangat memberi makna kepada ruh dan jasad kita. Kerana itu, Allah mengajarkan kita melafazkan doa meminta kepadanya. Dan Allah memperkenalkan dirinya kepada kita bahwa dia sentiasa mendengar. Bertawajjuh mengharapkan pertolongan Allah menggunakan emosi paling dalam, paling 'real'. Dan ia akan berhasil dan terjadi bukan secara begitu sahaja, tapi dengan izin Allah.
Ya, bukan kerana kehendak kita yang membentuk hasil, tapi Allahlah yang telah mengilhamkan jalan itu kepada diri kita kerana dia hendak memberikan kurnia-Nya.
Gunakan perkataan yang baik-baik atau juga dikenali sebagai skrip doa sebagai tools' untuk meminta.
sebelum itu, sedari apa yang kita rasa, dan ubah semuanya.
Sebagai contoh, jika kita merasakan diri kita tidak berada dalam circle orang- orang soleh, maka tukar dan katakan kepada diri:
> Aku cinta Allah dan Rasul, Aku Cinta Muhammad S.A.W, Aku cinta orang-orang soleh.
Kemudian jadikan ia doa (supaya berhubung terus dengan Allah yang Berkuasa Mengubah)
> YA Allah, jadikan aku hamba yang mencintai-Mu dengan seluruh jiwa ragaku, jadikan aku umat Nabi Muhammad S.A.W yang mencintainya dengan seluruh jiwa ragaku, jadikan aku dari kalangan teman-teman orang yang soleh dan kumpulkan kami bersama-sama di SyurgaMu (mintalah kepada Allah menggunakan emosi paling dalam) .
Seterusnya, istiqamahkan menyebut doa ini setiap hari. Ulangkan doa ini (repetition) sekurang-kurangnya 40 hari. Kemudian, perhatikan bagaimana Allah yang Maha Pemurah mengubah kehidupanmu.
Maka syarat yang pertama sekali ialah, yakin sahaja Allah itu As- Sami' iaitu Maha Mendengar, Allah Ar Rahman Ar Rahim itu, rahmatnya mengatasi segalanya, Allah Asy-Syakur itu Maha Bersyukur atas permintaan hambanya untuk mendekatkan diri kepadaNya, Allah Ar-Rasyid itu, maha berkuasa memberikan petunjuk dan hidayah..InshaAllah. Pasti berhasil.
Umi Hanisah,
Jumaat. 4/10/019



Comments
Post a Comment