3 misi setiap hari.
Anak2 ummi..
Nasihat ummi, setiap hari sedari awal kamu celik mata, bangun dari tidur, hidupkan 3 suis ruh ini.
Suis ruh yang pertama:
Hari ini adalah perjuangan mengkihlaskan niat kerana Allah dalam setiap rutin harian. Bermujahadahlah ikhlaskan niatmu kerana Allah dalam setiap tingkahlakumu.
Suis ruh yang kedua:
Pastikan ruh/jiwa kamu berada diantara syukur dan sabar. Mulakan dengan syukur, ditengahnya salam(tenang), dihujungnya sabar.
Suis ruh yang ketiga :
Segala usaha hari ini mestilah dalam lingkungan bertujuan memahami dan mengamalkan Al Quran Dan Assunnah.
Itu sahaja.
Allah akan tunjukkan jalan.
Jangan lupa hidupkan 5 amal zikir. Lihat jari jemarimu ada 5 .
Jari telunjuk yang pertama:
zikir laa ilaaha illallah minima 100 kali.
Jari hantu yang kedua:
Selawat keatas nabi Muhammad. Minima 100 kali.
Jari manis yang ketiga:
Zikir tasbih (subhanallah),
tahmid (alhamdulillah),
Takbir (allahuakbar)
Minima 100 kali.
Jari kelingking yang keempat :
Istighfar kepada Allah minima 100 kali.
Ibu jari yang kelima :
Zikir dan berdoa dengan salah satu nama Allah sesuai dengan keperluan hari tersebut. Minima 100 kali.
Contoh: Ya Fattah, Ya Fattah, Ya Fattah Ya Fattah, Ya Fattah, bukakanlah pintu khazanah ilmuMu dalam mengenalMu supaya hamba lebih cinta dan takut kepadaMu.. Ulang sebanyak 20 kali mencukupkan zikir nama Ya Fattah 100 kali.
InshaAllah.. Cuba konsisten dengan amal ini dan rasakan perubahan dalam kehidupanmu.


Comments
Post a Comment