Ubat dalam mujahadah
1. Kenalpasti kelemahan dirimu dengan ikhlas.
2. Kenalpasti dosa dosa yang pernah dibuat secara sengaja atau tidak.
3. Istighfar dengan ikhlas.
4. Munajat doa mohon pada Allah supaya ditetapkan hati. Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ala diinika wa ala tooatika. Wahai yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku atas menghidupkan agamamu dan dalam mentaatimu. Solat 2 rakaat jika perlu(lebih baik).
5. Isi hati yang sedang haus dengan asas amalan iaitu bacaan Al Quran.
6. Memahami hakikat Al Quran membawa Nuur ke dalam hati. Semakin banyak bacaan, semakin terang, semakin tenang. Nuur yang masuk ke hati membekalkan suatu tenaga/semangat.
Nuur /semangat Itu akan kekal dalam hati selagi kamu tidak membocorkannya. Cara tidak membocorkannya ialah dengan menjaga ikhlas. Mengelak niat riak/menunjuk nunjuk/ mencari perhatian orang selepasnya. Maka Nuur Itu akan terpelihara dalam hati.
Tetapi, Sekiranya, kamu berniat membuat sesuatu setelahnya dengan tujuan untuk mendapat perhatian manusia, Nuur Itu akan bocor. Hati akan haus dan kering semula.
Kesimpulannya, setelah berbuat suatu amalan, pelihara keikhlasan amalan tadi dengan tidak melakukan sesuatu tindakan lain yang boleh membocorkannya. Maka Nuur Itu akan kekal.
Perasan tak.. Kadang2 ada suatu runtunan rindu dalam hati. Itu juga mksudnya hati telah haus, ia dahagakan pengisian. Inilah dengan kalam wahyu Allah, kerana ia Nuur.. Ia Syifa ' (penyembuh).
Kepuasannya ialah dapat memahami bacaan Al Quran Itu sehingga dapat merasakan Allah Itu dekat. Kasih sayangnya dekat. Pertolongannya dekat, pengawasannya berterusan.
Orang yang di hatinya Nuurnya melimpah ruah, terpancar suatu semangat di wajahnya, dia selalu optimis.
Tetapi, orang yang di hatinya Nuurnya bocor, dia nampak letih. Penat. Bahayanya, hati yang haus itu menghantar signal bosan kepada aqal. Aqal pula mula mencari sesuatu yang lagha untuk menghilangkan bosan . Perkara lagha yang masuk ke hati yang haus, hanya akan merosakkan dan memburukkan hati.
Nuur tidak akan masuk ke hati yang rosak atau buruk.
Ini ialah cerita tentang cara mengekalkan Nuur. Kerana kehadiran Nuur Itu suatu benda yang paling mempengaruhi kadar iman. Semakin banyak Nuur, semakin kuat iman.


Comments
Post a Comment