Syukuri nikmat Ceriakan hidup.
Sebenarnya, jika kita telah berazam untuk mujahadah, dunia mmg sesuatu yang susah utk kita. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk kita bermuram durja, mengeluh kesah dengan kemampuan atau kelemahan diri..
Ambillah masamu seketika, hayati kurnia kurnia di sekelilingmu.. Tarik nafas syukur, hembus lepaskan nafas resah. Tersenyumlah kerana kasih sayang Nya sentiasa mengelilingimu.
Teruskan ceria kerana saudara2mu tidak berhak atas garis muka yang masam mencuka. Raikan kesejahteraan mereka.
Untuk apa yang tersimpan di hati, cukuplah Allah yang memahami.
Untuk apa yang terzahir di mata manusia, memadai dengan meraikan kebahagiaan mereka.
Semoga kesejahteraan itu, ketenangan itu, kebahagiaan itu, keceriaan itu, kekal hingga menjadi asbab ke syurga.
Mari kemari positif, mari kembali optimis, sesungguhnya rahmat Dia mengatasi segalanya.


Comments
Post a Comment