Kesan fakhsya'

Fakhsya' masuk ke hati melalui gabungan 3 pintu.

1. Mahu sokongan/perhatian dunia.
2. Mahu dicintai dunia
3. Mahu mencintai dunia.

Dunia yang ummi maksudkan di sini ialah  apa -apa sahaja kurnia Allah yang kamu terlalu cenderung kepadanya mengikut kesesuaian/kehendak nafsu.

Kesan fakhsya' ada 3. 

1. Jika tidak kecewa diakhirnya, kamu tetap mengalami kehancuran (prinsip hancur, jatidiri hancur)

2. Jikapun tidak mengalami kehancuran,  kamu tetap akan mengalami kekecewaan.

3. Hijab.

Lawan fakhsya' ialah Nuur.

1. Tidak hancur,  kamu mesti dapat kemenangan,  sekurang kurangnya kamu dapat hakikat iman. Mendapat hakikat adalah tujuan hidup orang soleh.

2. Tidak kecewa, Malah kamu dalam keadaan tenang tanpa sebarang gugatan. (As salam).  Hati kamu tidak teruja, tidak sedih, sentiasa tenang dan damai.

3. Tiada hijab. (tabir pemisah kefahaman).  Bila tiada hijab,  hati dan fikiran kamu dipenuhi hikmah.  Hikmah Itu ilham, idea, faham iman, dan kebijaksanaan luar biasa yang Allah kurniakan kepada akal fikiranmu.

Hakikat Iman,  As Salam dan Hikmah inilah Nuur (cahaya terang) dalam diri kamu.

Comments