Muraqabatullah

Anak,  jika kamu merasakan sedang diperhatikan Allah,  diawasi Allah,  dijaga Allah ( muraqabatullah), saat Itu,  mengenali kelemahan diri sendiri adalah lebih nikmat dari mengenali kekuatan diri.

Allah, bila sayangkan kamu,  Dia akan hilangkan hijab yang wujud antara kamu dengan kelemahan kamu. 

Kamu kenal sebaiknya kelemahan dirimu dan faham kekuatan itu hanyalah dari Allah. 

Kamu kenal sebaiknya khilaf dirimu dan faham bagaimana untuk baikinya. 

Supaya,  jalan kepada Allah Itu jelas.  Terang. Suci.  Mudah.

Khilaf manusia, sukakan perhatian dunia.
Khilaf manusia,  suka dicintai dunia.
Khilaf manusia, ingin mencintai dunia.

Hingga hati dicemari fakhsya'.

Hati jika dicemari fakhsya', diri itu takkan sedar sampai bila2.  Rahmat Allah saja yang boleh menyelamatkan dia.

Manusia jika tidak mukmin yang sejati , akan jatuh ke tangga fasik.  Orang fasik Inilah yang hatinya tadi dicemari fakhsya'.

Orang fasik,  jika tidak diselamatkan Allah,  akan jatuh ke tangga munafik.  Munafik ini, di dunia lagi dia adalah neraka.

Munafik, jika tidak diselamatkan Allah,  akan jatuh ke tangga kufur/kafir.
Tidak akan bau syurga untuknya.

Beruntunglah orang yang kenal kelemahannya. Dia akan tenang tanpa mengharapkan perhatian dunia, tidak harap dicintai atau mencintainya, dan terhindar dari fakhsya'.

Innassolata tanha anil fakhsya'i wal mungkar.

Sesungguhnya solat yang benar itu mencegah dari fakhsya' dan mungkar.

Orang yang benar solatnya itu pasti merasakan diperhatikan Allah, diawasi Allah, dijaga Allah. Itulah muraqabatullah.  Tapi itu dalam solat. 

Rasulullah ajar umat, bawa intipati dalam solat Itu dibawa ke luar solat,di bawa ke dalam rutin kehidupan.

Maka bawalah muraqabatullah itu juga ke luar solatnya, iaitu ke dalam rutin kehidupanmu.  Maka kamu akan terhindar dari fakhsya' .

Rasakan pengawasan Allah. Kenali kelemahan kamu.  Rawat dengan solat.  Bawa muraqabatullah dalam kehidupan.

Comments