Allah beri kebebasan kepadamu.
Allah telah beri kebebasan kepada kamu. Buktinya, kamu tidak terikat kepada apa2.
Kita manusia ada dua modal asas. 1, Tenaga/kesihatan. 2, masa. Kamu ada tenaga dan masa yang 'solid' milik kamu. Kamu bebas menggunakan kedua-duanya semahu kamu.
Ada orang masanya perlu diperuntukkan untuk menjaga agaknya yang sakit serius.
Ada orang tenaganya kurang kerana kesihatannya terjejas akibat penyakit-penyakit tertentu.
Mereka terikat. Masa dan tenaga mereka seolah2 dirantai. Mereka tidak bebas. Tidak bebas untuk beribadah semahu mereka. Tidak bebas untuk mencari ilmu Allah semahu mereka. Tidak bebas bersedekah/berkhidmat semahu mereka.
Tapi kamu, Allah beri kebebasan mutlak kepada kamu untuk mencari ilmuNya. Bebas beribadah semahu kamu, kerana kamu sihat, anak2 kamu sihat, pasangan kamu baik.
Maka, syukurilah nikmat Itu. Gunakan kebebasan mutlak yang Allah beri Itu untuk berlari kencang dalam mencari ilmuNya, dalam beribadah kepadaNya.
#ibrah hari ini, kerana ummi sedang sakit. Bila sakit, baru kita sedar nikmat sihat yang lalu telah digunakan sambil lewa untuk mendekatkan diri kepadaNya.


Comments
Post a Comment