Air dan kasih sayang.
Air dan kasih sayang keperluan asas hidup.
Air, jasad perlu. Bumi pun perlu air.
Kasih sayang, jiwa perlu. Dunia pun perlu
Rahmat Allah.
Jadi air =kasih
Sifatnya sama.
Ia akan mengalir ke tempat yang lebih rendah secara sunnatullah (hukum alam)
Air tempatnya di bumi, jika melimpah dan laju, ia akan mengalir ke tanah yang rendah .
Kasih tempatnya di hati, ia akan mengalir kepada mukmin yang lebih rendah hatinya.
Sama juga, jika tempat tadahan air Itu besar, ia mampu menampung air yang banyak,
Begitu juga hati, jika hatimu besar, kamu akan memiliki sifat Kasih sayang yang banyak.
Besarkan hatimu. Besarkan jiwamu. Rendahkan hatimu. Rendahkan dirimu.
Maka,kamu akan dikelilingi dengan kasih sayang Allah dan kasih sayang manusia.
Itulah rahmat Allah. Rahmat Allah mengatasi segalanya.
Tadabbur hadith:
Ada seratus rahmat Allah.
1 rahmat Allah tebarkan untuk seluruh pelusuk dunia. Dengan 1 rahmat Allah Itu, seorang ibu mengasihi anak-anaknya. Tumbuh2an dan haiwan dijadikan Allah untuk kemudahan manusia. Hujan diturunkan. Saudara mukmin saling berkasih sayang.

99 rahmat Allah yang lainnya, Allah Simpan di akhirat khusus untuk mukmin yang layak.
Rahmat Allah,
Allah mengasihi kamu, lebih daripada ibu kamu mengasihimu. Itu pasti.
Kamu tahu kan rasa kasih kepada anak-anak mu? Allah kasihi kamu lebih dari itu.
Kamu sedar kan rasa kasihmu kepada sesiapa sahaja dalam hidupmu? Allah kasihi kamu, juga lebih dari itu.

Comments
Post a Comment