Shifa An Nuur Dan Kelahiran yang tenang 5

Selesai membaca hafazan ayat ayat manzil, abah datang. Kadar sakit sensasi contraction tadi yang kuat telah turun kepada skala 3 daripada 10. Ummi bersyukur kerana kembali merasa sakit contraction ringan.

Ummi sempat berborak -borak santai dengan abah sebelum Doktor Norhayati tiba.  Jam 11 pagi Dr. Norhayati sudah bergegas ke katil ummi dan melakukan prosedur memeriksa bukaan jalan.  Ternyata,  jalan telah buka 7 Dan ummi sangat terkejut.  Mungkinkah? Skala sakit hanya 3 namun jalan sudah buka 7? Skala 3 itu sakitnya umpama hanya ketika datang period.

Doktor Norhayati memecahkan sarung ketuban dan mendapati air ketuban telah bercampur dengan mekonium.  Untuk keselamatan baby,  Doktor mencadangkan supaya ummi untuk terus meneran kerana bimbang dengan risiko bayi tertelan mekonium .

Mungkinkah??  Mampukah ummi?   Bagaimana mahu meneran kalau tiada rasa desakan contraction yang kuat? Dalam erti kata lain,  bagaimana nak teran kalau tak sakit?

Ummi hanya bersetuju dengan cadangan Doktor ketika itu.  Maka bermulalah proses kelahiran Syifa an Nuur di labor room bermula jam 11.05 pagi.  Doktor Norhayati mengumumkan kepada semua staffnurse yang ada di labor room itu bahawa ummi mahukan prosedur gentle birth. 

Ummi meneran dengan bantuan alat yang dipasang pada perut. Ummi hanya mengikut arahan staffnurse supaya meneran hanya bila disuruh kerana ummi tidak dapat mengagak sakit contraction dengan jelas.

Dari bukaan 7 kepada bukaan 8 memakan masa 10 minit, dari bukaan 8 kepada bukaan 9 memakan masa 10 minit, dan dari bukaan 9 kepada bukaan 10 memakan masa 10 minit. Ya,  ummi dapat timing masa dengan baik kerana segalanya berlaku dalam keadaan tenang.  Sepanjang meneran,  staffnurse yang baik hati sentiasa mengelap peluh di muka ummi dan membantu ummi untuk minum untuk mengelakkan kepenatan dan haus. Abah memainkan peranannya  memegang kepala ummi dan menolak menghadap perut kerana ummi selalu terlupa dan meneran sambil mendongak. Daya meneran akan lebih kuat jika kepala tunduk mengadap perut.

Setelah setengah jam, Shifa An Nuur lahir. Walaupun Shifa An Nuur adalah baby yang besar dengan berat 3.75 kilo , Doktor menghormati permintaan ummi supaya tidak melakukan guntingan episiotomi . Setelah lahir,  Shifa An Nuur cepat2 diletakkan di badan ummi untuk tujuan skin to skin contact dan immediate breastfeed untuk stimulate pengecutan rahim bagi tujuan memudahkan uri/plasenta detach dan keluar dengan cepat  . Shifa kemudiannya dibersihkan Dan abah mentahnik shifa,  setelah selesai, shifa diletakkan semula ke badan ummi untuk menyusu.

Setelah itu, badan ummi dibersihkan, ummi diberi rehat beberapa minit dan ditolak ke bilik . Abah Dan ummi bermalam di hospital tersebut selama 3 hari 2 malam mengikut pakej bayaran yang telah dipersetujui. 

Shifa An Nuur lahir dengan mudah.  Ummi rasa syukur tak terkira kerana Allah membenarkan ummi merasakan pengalaman tersebut,  dan membenarkan ummi merasa kagum dengan bukti kehebatan Allah yang boleh menjadikan sesuatu dengan asbab, tanpa asbab,  atau berlainan asbab. 

Sebagai contoh,  api dijadikan asbab panas.  Ais dijadikan asbab sejuk.  Ia berlaku dengan asbab. Kita panggil ia logik akal.

Namun jika tanpa asbab,  panas boleh berlaku tanpa api atau haba,  sejuk boleh berlaku tanpa ais. 

Begitu juga jika berlainan asbab,  panas boleh berlaku walaupun ada ais,  dan sejuk boleh berlaku walaupun ada api,  seperti yang dikisahkan dalam Al Qur'an dengan kisah Nabi Ibrahim alaihissalam.

Begitulah yang ummi yakini ketika berdoa bersungguh sungguh kepada Allah supaya diangkat rasa azab sakit bersalin.  Allah maha kuasa mampu menjadikan apa2 sahaja sekalipun bertentangan dgn logik akal kita. 

Keadaan kesihatan shifa an Nuur amat baik.  Shifa tidak terkena demam kuning.  Proses berpantang ummi juga dipermudahkan dari segala segi.  Ummi merasakan badan ummi cepat pulih, maka ummi dan abah mengambil keputusan untuk berangkat pulang ke muadzam lebih awal. 

Comments