Kelebihan Menghafaz Al Qur'an
Ummi teringin menghabiskan hafazan Al Qur'an.
Namun, ummi sudah kehilangan motivasi sejak berumahtangga. Sudah 6 tahun harapan itu terkubur. Ummi rasa, sudah sampai masanya ummi serius kembali. Bangun semula.
Ummi mahu anak2 ummi jadi orang yang boleh menguasai Al Qur'an tetapi ummi sendiri belum berusaha semaksima mungkin untuk dijadikan contoh kalian.
Entah kenapa, seakan2 ada hijab di situ.
Semalam, setelah dengar suatu pencerahan dari Ustaz Adi Hidayat, ummi sedar, selama ini niat ummi salah. Sebab itulah usaha Itu tertangguh. Apabila tertangguh, fokus sudah lari.
Niat ummi selama ini ialah mahu jadi orang yang ingat Al Qur'an. Tidak peduli sangat tentang maksud dan kefahaman, tidak kisah bagaimana mahu mengamalkan. Yang penting, dapat ingat 30 juz di dalam kepala. Belum masuk ke dada, hanya di kepala. Itulah yang 'slack'. Niatnya sahaja sudah menyimpan bagaimana nak diteruskan?
Ustaz Adi Hidayat kata, hafallah Al qur'an kerana Allah. Titik. Noktah.
Bukan menghafal Al qur'an kerana mahu Jadi hafizah. Bukan kerana mahu menguasai ilmunya.. Niat Itu dikira bercabang2. Tujuannya duniawi. Tidak jelas. Maka, hafallah Al qur'an kerana Allah, maka Allah akan mengkabulkannya.
Apabila berniat begitu, maka usahanya akan terus berjalan secara automatik tanpa rasa berat atau beban.
Setiap harinya diniatkan mahu menjaga Hafazan walau apapun situasinya, walau apapun rutinnya.
Saat berjumpa anak murid, semasa mengajar masih ingat mau jaga hafazan, maka ilmu yang diaampaikan kepada pelajarnya hanyalah perkara-perkara yang tidak akan menghilangkan hafazan.
Saat bermuamalah sesama rakan-rakan sekerja misalnya, untuk menjaga hafazan pasti bicaranya baik-baik, matanya dijaga, telinganya juga dijaga, mulut juga dielakkan dari membuat dosa, semuanya dijaga agar hafazannya kekal.
Di dalam video di bawah ini ada diterangkan ganjaran menghafal Al Qur'an yang Allah janjikan buat hamba2 kesayangannya.


Comments
Post a Comment