Dimensi Optimis +++

1. Raikan syukur dan sabar dalam kehidupan.

2. Tenang dan sejahtera (salam) dalam keadaan berhati hati  membawa kepada taqwa dan pahala.

3. Susah hati dan marah membawa kepada dosa.

4. Hamba Allah yang positif dalam kehidupan merasa semuanya untuk kebaikan. Tiada susah hati. Segala masalah dipulangkan kepada Allah Al Bari'.

5. Sengketa yang ditimbulkan oleh orang lain tak lain tak bukan hanyalah cara Allah ingin membaiki kesilapan yang diri sendiri lakukan.

6. Istighfar kepada Allah. Bersihkan hati. Ikhlas. Selainnya pulangkan kepada Allah. Allah akan bereskan dengan mudahnya.

7. Yakinlah dengan Allah kerana yang boleh survive dalam kehidupan ini hanyalah keyakinan kepada Allah (iman). Yang lain semuanya akan ketinggalan. Yang valid dalam kehidupan ini hanyalah pahala amalan . Yang lain hanyalah fana dan akan hilang. 

8. Ingatlah tentang bekalan yg perlu dikumpul di sepanjang persinggahan perjalanan, sebagai bekal ke negeri akhirat. InsyaAllah berusaha untuk hidup selesa di akhirat.

Comments