Syifa' An Nuur dan kelahiran yang tenang 2
Setelah melakukan prosedur trigger jalan, doktor Norhayati menunjukkan kesan darah di sarung tangannya kepada ummi.
"Ni darah dah ada, bila darah dah keluar, hormon oxytoxin akan mula bekerja " doktor Norhayati menerangkan dalam bahasa mudah.
Doktor Norhayati maklum bahawa ummi faham tentang mekanisma tidak balas badan dalam proses kelahiran gentle birth. Oxytoxin ialah hormon yang memainkan tugas yang paling penting dalam proses kelahiran. Selain bertindak sebagai natural pain relief, ia bertindak mempercepatkan bukaan Os.
Setelah itu kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan, Ummi ada merasakan sedikit sensasi contraction. Ummi menjangkakan, sensasi contraction yang ringan (mild contraction) yang baru bermula ini akan progress berkadar terus dengan masa dan akan menjadi semakin kuat, maka beberapa pelan dilaksanakan untuk memastikan pelan kelahiran alami (natural birth) / (gentle birth) berjaya.
Abah memainkan peranan penting ketika itu. Abah sangat membantu. Kami menunggu atok Embon pulang dari pejabat. Atok Embon ambil cuti separuh hari untuk terus pulang menjaga Al Amin dan Al Hafiz kerana atok Embon sudah maklum bahawa ummi dan Abah akan check in hotel sebaik sahaja sensasi contraction bermula.
Pada jam 4.00 petang, kadar sensasi contraction masih sama. Ummi dan abah berjaya check in hotel yang berada betul2 depan hospital Pantai. Kenapa check in hotel? Sebab... Ummi dan abah nak fokus kepada progress bersalin ummi. Jika mahukan kelahiran gentle birth berjaya, stress perlu dielakkan. Otak mesti fokus kepada kerja badan. Bila otak sentiasa tenang dan gembira, oxytoxin hormone akan 'melimpah-limpah' dan proses kelahiran akan berlaku dengan lebih cepat. Jadi ummi memilih untuk off duty' dari mengurus Al Amin dan Al Hafiz yang 'sangat aktif setiap saat' itu...
Di hotel, ummi menumpukan kepada amalan solat-solat sunat dan marathon membaca Al Quran, berzikir, dan bergelek di atas bola gym. Sebelah petang, Abah membawa ummi ke taman rekreasi untuk melakukan briskwalking Dan meneruskan senaman rutin untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran. Abah kerap entertain ummi dengan bawa ummi makan di tempat2 yang istimewa di samping tak putus2 buat jenaka supaya ummi sentiasa tersenyum dan enjoy dengan proses kelahiran Syifa. Sebelah malam, abah bantu mengurut ummi dengan cara urutan yang dipelajari di kelas gentle birth untuk memperbanyakkan pengeluaran hormon oxytoxin dan mempercepatkan bukaan jalan.
Rutin di hotel berlansung sehingga 2 hari. Sensasi contraction semakin positif tetapi pada umi, masih tidak cukup kuat untuk menjadi tanda bahawa ummi perlu ke hospital. Selama tempoh 2 hari itu, sakit contraction / sensasi contraction berlaku setiap 10-15 minit dengan duration 15 -20 saat. Jika diberi skala tahap sakit 1 hingga 10, 1 ialah sakit ringan, 5 ialah sakit sederhana dan 10 ialah sakit menggelupur yang kuat, maka ummi pada ketika itu merasakan sakit pada skala 2 sahaja.


Comments
Post a Comment