Kasih Sayang

Assalamualaikum mujahidin dan mujahadah ummi,

Kasih sayang yang benar2 telus kepada saudara mukmin yang lain akan mudah ditemui pada hati mukmin yang selalu bersusah-payah untuk Allah.

Kemudian Kasih sayang Itu membuahkan ikramul muslimin.  Iaitu.  Memuliakan muslim yang lain,  menunaikan haq mukmin yang lain tanpa menuntut haq sendiri. 

Haq seorang mukmin yang mesti sentiasa diusahakan ialah,  berlapang dada,  berhusnu zhan,  dan mendoakannya.  Selain dari itu,  jika saudara mukminmu berhajat akan sesuatu,  tunaikanlah hajatnya sebaik mungkin.  Kelak Allah akan menunaikan segala hajat-hajatmu di dunia lagi.

Comments