Jangan takut.
Anak2 yang ummi kasihi..
Akan sampai suatu masa, kamu diuji dengan sedikit perasaan bimbang. Bimbang dikata orang, bimbang disisih orang, bimbang dianggap pelik, bimbang tidak diterima, bimbang dikata riya',bimbang dikata nak tunjuk baik, bimbang disalah sangka..
Tak mengapa sayangku,
Teruskan dengan langkahmu.
Kembali kepada prinsip mukmin yang berlapang dada.
Kerana Allah menjanjikan, bahawa seorang muslim yang sebenar ialah yang Allah beri perlindungan kepadanya,
" wala khaufun alaihim, wa la hum yahzanun" tidak akan ada rasa takut dan dia tidak akan berkeluh kesah . Itu sifat muslim sejati.
Benar anakku, sekalipun kamu telah melakukan kesilapan kepada Allah dan diri kamu.
Mengapa begitu? Bagaimana boleh berlapang dada dan teruskan dengan kebaikan setelah melakukan dosa?
Boleh anakku.. Kerana sememangnya sifat iman Itu yazid dan yanqus. Sudah sunnatullah sifat iman itu kadang2 naik, kadang2 turun. Dan ketika iman kamu menurun itu, kamu mungkin melakukan kesilapan.
Namun, ia tidak selamanya. Kerana Allah Al Waliy sentiasa melindungi hamba-hambanya. Ketika Allah menaikkan iman kamu, gunakan kekuatan yang ada pada ketika itu untuk terus melangkah dengan kebaikan.
Istighfar dan kembalilah kepada kecintaan kamu iaitu hanya Allah tuhan kamu. Dan sememangnya syaitan tidak akan duduk senang dengan azam kembalimu, pasti dan pasti, dia syaitan akan merencanakan ketakutan dan pelbagai jenis ketakutan dalam hatimu.
Berbekalkan modal kelemahanmu, dan dosa yang pernah kamu lakukan, pasti dia syaitan akan melemahkan niat kamu dengan bisikan-bisikan bimbang dikata orang, bimbang disisih orang, bimbang dianggap pelik, bimbang tidak diterima, bimbang dikata riya',bimbang dikata nak tunjuk baik, bimbang disalah sangka.. Sedangkan kamu ingin buat suatu kebaikan anakku!
Ingatlah bahawa, pahala suatu kebaikan yang dilakukan akan menenggelamkan dosa suatu keburukan yang lain pada diri kamu. Itu juga sunnatullah. Itu juga disebut rasulullah s. A. W. Syaratnya , kamu ikhlas. Ikhlas dan ikhlaskan niatmu.
Jangan bimbang anakku.
Sekiranya benar sekalipun,
Dalam 10 orang yang mengata, pasti akan ada 1 yang terkesan hatinya,
Dalam 10 orang yang menyisih kamu, pasti ada 1 yang datang sebagai sahabat akhirat
Dalam 10 orang yang menganggap kamu pelik, pasti akan Ada 1 hati yang menghargai keseriusan usahamu,
Dalam 10 orang yang menolak kamu, pasti akan Ada 1 hati yang menerimamu,
Dalam 10 orang yang menganggap kamu riya', pasti ada 1 hati terkesan dengan keikhlasan kamu,
Dalam 10 orang yang bersangka buruk terhadapmu, pasti dan pasti sekurang-kurangnya akan ada 1 hati yang berlapang dada denganmu.
Akan Ada 1 hati, MEMADAI. Memadai 1 hati yang mendapatkan manfaat darimu.
Apa perlu ditakutkan? Allah memandang usahamu bukan?
Bukan hasil. Hanya usaha yang dicatat dalam buku amalan.
Ikhlaskan niatmu. Teruskan dengan kebaikan.


Comments
Post a Comment