Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah .

Ummi sebenarnya teringin nak menulis Dan berbincang ttg aqidah kita ni anak.  Tapi ummi belum ada kesempatan,  ummi banyak bercakap tentang iman dan ketuhanan menggunakan bahasa direct.

Jika pandangan orang biasa yang tidak biasa dengan bahasa kias /direct ummi, ummi bimbang dianggap tidak selari dengan aqidah kita anak.

Ummi mohon perlindungan Allah dari salah tanggapan begini..  Ummi hanya manusia biasa yang masih belajar menulis Dan sentiasa cuba mengungkap bahasa yang paling tepat untuk menggambarkan kefahaman ummi.  Janganlah ada salah faham di sini, lebih2 lagi jangan timbul kaitan dengan mana2 tarekat.. Jauh sekali nauzubillah.. Tarekat2 Itu pun ummi tak faham, ummi cuma tahu Aqidah Ahl sunnah Wal Jamaah.  InshaAllah nnt di lain kesempatan ummi akan tulis satu persatu perlahan lahan..  InshaAllah.

Di kesempatan ini juga ummi ingin berpesan,  Jika kamu menerima ilmu atau buah fikiran dari mana-mana orang yang kamu kenali, pastikan ada dalilnya.  Pastikan itu .

Kerana akhir zaman ini, mmg ramai orang yang berilmu.. Bimbang2 semua ilmunya dari Ustaz google, Ustaz YouTube, tiada guru yang berauthoriti, dan kamu mendapat ilmu dari orang yang menuntut ilmu yang hanya bersumberkan perkara2 itu.  Tidak ada tambahan. Tidak ada asas,  maka itu bahaya. 

Namun disini, kamu menerima buah fikiran ummi secara direct tanpa dalil bukan?  Tak apalah sebab ummi ibu kamu.  Takkan seorg ibu nak kelirukan anaknya. Semuanya ada dalil cuma ummi tak sempat nak tulis semuanya. 

Paling penting ialah,  cari guru mursyid. Bukan guru biasa, atau ustaz2 penceramah biasa.  Invest sedikit harta dan masa kamu untuk cari guru yang benar2 mursyid.  Ciri guru mursyid yang paling utama ialah,  guru itu mengamalkan akhlaq mukmin yang sebenar.  Tidak mengutuk sesiapapun dalam bicaranya,  tabiatnya mengikut sunnah secara total,  kerendahan hatinya kamu boleh ukur sendiri inshaAllah.. Cari guru mursyid. 

Zaman ini, ramai tunjuk dia ada ilmu,  namun amalannya berantakan. Pandai bicara,  namun menghukum lebih banyak dari mengajak. lebih menyedihkan ialah dia diduga dengan ilmunya sendiri.  Dia gagal dalam ujiannya.  Kerana,  ada ilmu tapi tak diamalkan, ada kefahaman tapi tidak menjaga amanah dan kepercayaan Allah kepadanya.  Dia khianat dengan ilmu yang Allah berikan, guna untuk kepentingan diri dan menindas orang lain dengan ilmu yang Allah beri. 

Mangsanya ialah orang awam yang baru nak belajar agama.  Sebab itu,  ummi takut sangat tentang pemilihan guru yang mursyid.  Walau apapun,  jangan lupa untuk kuatkan pergantungan dengan Allah,  Allah akan memandu haluan kalian.  InshaAllah.. 

*siap tulis ni ummi rasa kelakar, sebab takut dan berpesan sungguh2 gayanya kamu dah besar dan faham. Pandang ke sisi,  kamu masih dalam buaian, dan ummi sedang 'bercakap' dengan laptop.  😂😂😂

InshaAllah.. Bila ummi rasa tulisan2 ummi di sini sudah 'tebal',  ummi akan susun semula dan bukukan.  Buat sementara ini,  biarlah semua idea terkumpul di sini.

Akan bersambung lagi ulasan ummi tentang aqidah, iman dan guru mursyid.  InshaAllah..

Comments