Syifa An Nuur Dan Kelahiran yang tenang 1

Syifa' An Nuur,  Si Penawar yang Bercahaya. Ataupun,  Syifa' Si Cahaya.
----------------------

6 April 2017.
11.00 am
Pantai Hospital Sg.  Petani.

" Baby dah matang na..  Tengok uri ni putih-putih tandanya semua dah matang.  Kepala baby dah enggage keseluruhan, dia dok cari jalan saja" Doktor Norhayati menerangkan hasil pemeriksaan scan 3D ultrasound kepada ummi dan abah. 

" Jadi sekarang doktor nak trigger jalan bagi progress cepat na.. " terang doktor Norhayati yang berwajah mesra.

Sememangnya ummi membenarkan prosedur 'trigger jalan' itu kerana dalam kiraan doktor, Syifa' sudah lebih 5 hari dari tarikh e.d.d. Dalam kiraan ummi lebih membimbangkan, kerana ummi menjangka Syifa' lahir 2 minggu sebelum tarikh itu.  Namun ummi tenang,  kerana ummi yakin semuanya di dalam aturan Allah As Salam.

Sekiranya Syifa' belum lahir dalam tempoh 5 hari lagi,  doktor akan mendesak untuk induce. Ummi boleh mengelak daripada di induce tetapi ummi tetap tidak sukakan desakan doktor yang takkan faham bagaimana ummi yakin bahawa Allah telah mengaturkan tarikh kelahiran yang sesuai untuk Syifa.  Jadi,  ummi berdoa bersungguh -sungguh supaya Allah Al Bari' merencanakan kelahiran Syifa sebelum tarikh tersebut. 

Sekiranya ummi menerima prosedur induce, ia sudah bertentangan dengan  'birth plan' yang ummi dan abah telah bincang. Birth plan itu kemudiannya kami usulkan kepada doktor Dan ditandatangani sebagai tanda persetujuan. Memang ini prosedurnya untuk mendapatkan kelahiran alami atau natural birth yang terlalu banyak manfaatnya untuk ibu dan anak.

Isi kandungan birth plan yang telah disepakati bersama doktor ialah:

Stage 1: During Labour

*To walk or move freely during labour 
*To have vaginal exams as minimum as possible
*To decline IV and self-hydrate, freely drink, eat and shower
*To have intermittent foetal monitoring
*To decline pain relief
*To have amniotic sac rupture on its own
*To allow spouse as the only man present in the room
*To be fully consulted before the introduction of any medical procedure

Stage 2: Birthing of Baby
*To freely choose my birth position
*To decline episiotomy
*To have baby immediately put on my chest for skin-to-skin contact with baby
*To delay cord clamping (wait until cord stop pulsating before cutting the cord)
*To delay baby's first bath (allow vernix to be absorbed naturally into baby’s skin)
*To tahnik baby then immediately breastfeed to aid delivery of placenta
*To decline vaccination and Vitamin K for baby
*To be in-room with baby at all times
*To have Apgar Score assessment done without baby taken away from my chest
*To have baby weighted in the room in my presence
*To breastfeed exclusively (no formula milk, no pacifier)
*To be fully consulted before the introduction of any medical procedure

Stage 3: Birthing of Placenta
*To have natural placenta delivery - no drugs
*To be fully consulted before the introduction of any medical procedure

Setelah ditandatangani, doktor menerangkan risiko2 yang mungkin terjadi dan pelan backup supaya proses kelahiran berjalan dengan lancar dan selamat.

Inilah kelebihannya jika melakukan sedikit 'investment' di hospital swasta. Selain berusaha untuk mendapatkan doktor perempuan sebagai tujuan utama,  doktor boleh diajak berbincang dan diminta penerangan yang jelas tenang ilmu kelahiran.

-----------------------
Lihat post seterusnya utk sambungan.

Comments