Syifa An Nuur Dan Kelahiran yang tenang 3
Sepanjang melayan contraction di bilik hotel, lidah ummi tidak lekang dengan zikir Ya Allah, Ya Fattah, Ya Karim, Ya Halim, Ya Qowiy, Ya Matin. Dengan menyebut nama -nama Allah itu, ummi bermunajat dengan doa yang khusus.
Ya Allah Ya Karim yang Maha 'Baik Hati' lagi Mulia, bantulah hamba..
Ya Allah Ya Fattah yang Maha Membuka, bukalah jalan untuk melahirnya khalifah ini dengan mudah...
Ya Allah Ya Halim yang Maha Menyantuni hamba-hambaMu, santuni hamba ini dengan mengangkat rasa sakit ini dari tubuh hamba...
Ya Allah Ya Qowiy Yang Maha Kuat, pinjaman hamba kekuatan luar biasa...
Ya Allah Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanMu, pinjamkan hamba daya tahan terhadap cabaran ini...
Semuanya dilafaz dalam bahasa biasa.
Setiap kali ombak contraction datang, ummi menarik nafas semalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan -lahan dalam kiraan 4 saat.Teknik pernafasan ini ummi pelajari dalam kelas gentle birth di kuantan. Ternyata, teknik ini betul2 dapat menenangkan hati dan menghilangkan rasa sakit contraction yang sememangnya tidak seberapa sakit lagi ketika itu.
Pada hari Jumaat malam sabtu, ummi tidur dengan harapan akan terjaga kerana sakit kuat contraction sebagai tanda badan bersedia untuk melahirkan Syifa. Namun, pada jam 3 pagi, ummi terjaga dan mendapati sensasi contraction hilang sama sekali!
Sudah.. Ini bukan seperti yang dirancang!
Ummi bingkas bangun tanpa mengejutkan abah yang sedang nyenyak di sisi.
Ummi mengambil wudu dan menunaikan solat hajat dan berdoa bersungguh -sungguh kepada Allah supaya dipercepatkan proses kelahiran Syifa. Selesai solat, ummi melakukan beberapa minit sesi self affirmation dan bercakap dengan diri dan bayi iaitu Syifa di dalam kandungan ummi.
Ummi berpesan kepada rahim, dengan nama Allah, rahim ummi mesti bekerja dengan lebih cepat dan cekap, Dan bekerjasama dgn badan untuk melahirkan Syifa menjelang pagi nanti. Ummi berpesan kepada bayi sambil mengusap perut, bahawa baby mesti keluar dengan baik Dan tenang menjelang pagi nanti. Ummi pesan berulang kali.
Kemudian ummi tidur dengan harapan ombak contraction akan datang semula.


Comments
Post a Comment