Tak Mengapa Jika Tak Sempat
Rutin Ramadhan memang padat. Ummi masih membiasakan kerja2 rutin baru dengan hadirnya Shifa An Nuur, masih membiasakan diri menyusun aktiviti mengikut keutamaan(awlawiyat).
Ameer Al Amin, Muhammad Al Hafiz dan Shifa An Nuur. Walaupun terasa sedikit penat, Ummi puas hati melihat kalian. Puas hati menyediakan makanan dari tangan ummi sendiri. Memandikan kalian, menidurkan kalian, bermain dengan kalian, mengaji dengan kalian.
Namun, ada sedikit ralat. Ummi tak sempat nak berlama-lama atas tikar solat. Tak sempat berlama lama menadah tangan. Tak mengapalah.. Ummi yakin, Jika ummi telah sedaya upaya menyediakan kalian dan abah ke jalan Allah, maka semua amalan yang abah usahakan itu, ummi akan mendapat pahala dan kelebihan yang sama tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran.
Itu janji Allah. Itu pesan Rasulullah s. A. W bagi seorang suri yang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan bagi tujuan melapangkan suaminya beribadah dan mengusahakan amalan. Juga saham bagi seorang ibu yang berusaha menggunakan masa dan tenaganya untuk mendidik anak2 dengan sebaik2 didikan, agar diakhirnya dengan amalan anak2nya, pahala itu akan pulang' kepada ibunya juga nanti.
Ummi mahu mujahidah ummi nanti lebih baik dari ini.
InshaAllah..Yakin dan yakin.
Qowiy hati Qowiy.
Qowiy hati Qowiy.




Comments
Post a Comment